Sunday 20 October 2013

Long Distance Relationship III


Hubungan kami semakin baik dan semakin mencabar, apa tidaknya kaum sahabat, saudara mara terdekat, dan rakan taulan tidak mengetahui akan hubungan ini. Apa yang lebih mencabar apabila, ada antara rakan persekolahan ku yang tidak pernah segan, tak pernah jemu dan terus mencuba untuk menambat hatiku. Sehinggakan pada tahap dia ingin melamarku menjadi isterinya.
Apa yang perlu aku rasakan.. Aku kelu untuk memberitahunya hal yang sebenar, dia sering menyapa, sering menegur dan sering memberi nasihat kepadaku tat kala aku melakukan kesilapan di laman sosial. Ku kira, dia hanya mempersendaku, namun jangkaan ku meleset apabila suatu hari aku terserempak dengan rakan sekolah lamaku yang juga sahabat baik kepada jejaka ini. Dia menyatakan bahawasanya jejaka itu sememangnya menyukaiku. Sighh.. senyumanku pahit sepahit Nescafe yang diletakkan berlebihan di dalam cawan.
Dan seperti biasa, hal ini akan kuceritakan kepada si dia. Dia memahami, kerna dia juga seorang lelaki, dia tenang apabila ku ceritakan perihal itu, tanpa ku tidak menyedari bahawa hatinya sedang bergolak, dia mula dicabar dengan kehadiran jejaka itu, yang mana dia juga bekas teman seperjuangan tika di sekolah dahulu.
Apa yang lagi membimbangkannya ialah, ini bukan kes yang pertama, seperti dahulu aku masih menjadi rebutan lelaki. Tapi aku tidak lagi seperti dahulu, malah aku takut akan kehadiran mereka. Kerna, kurasakan mereka memandangku hanya kerana nafsu, aku berfikiran negatif, akan berharap jangkaanku adalah salah. Mungkin disebabkan oleh hubungan2 lepas, aku merasakan diriku janggal apabila lelaki menyapaku, aku kurang selesa dan tidak mengemarinya sehinggakan ku rasakan aku tidak selamat dan apa yang paling teruk lagi apabila aku ingin sekali menampar wajah lelaki2 ini. Mereka cukup tidak faham akan bahasa melayu agaknya. Bilaku sudah menolak mereka, tapi mereka tetap dengan kedegilan masing2. Aku FED UP.
Ingin sahaja rasanya aku menggantung sesuatu di leherku dengan “Pls, Dont Disturb!”. Pelik tapi aku sangat mahu melakukannya. Atau ingin sahaja cop didahiku “Unavailable”. Huh~!! Ditambah dengan kaum keluarga yang mahu mencarikan aku teman lelaki membuatkan aku bertambah rimas, bukan tak suka tapi aku tetap dengan pendirianku untuk tidak punya teman lelaki lagi. Lagipun, aku sedang berkenalan dengan lebih rapat dengan si dia sebelum kami membuat keputusan untuk bernikah.
Sehinggalah pada suatu, dia memutuskan untuk mencari pekerjaan di semenanjung, aku berat hati, waima aku tahu dia hendak ke sana untuk mencari pekerjaan selepas tamat persekolahan, dan niatnya untuk mengumpul wang secepat mungkin sebelum aku dirembat lelaki lain, tapi aku tidak mahu dia berada di tanah yang tidak aku jejaki kini. “Wahai hati, adakah kau sudah bersedia untuk menjadi lebih serius dengannya sehingga kau jadi rapuh begini?”. Tidak, aku cuma tidak yakin dengan hatiku, aku cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali, kerana hubungan jarak jauh waima itu adalah sebaik-baik cara untuk memperkukuhkan hubungan untuk sabar dan tabah ketika berjauhan.



Long Distance Relationship Part II


Aku masih aku. Siapa yang tak kenal aku dengan keras hati seperti batu, ditambah dengan EGO yang meninggi, ku kira ego yang mengalahkan egonya seorang lelaki. Aku cuba untuk tidak menerima, aku halang rasa hati untuk bersamanya, dan aku kunci rasa jiwa yang meronta. Sepertinya aku tidak mampu menerima cinta, merungkai janji bersama, dan memujuk hati untuk bersama, kerana dalam hatiku ada Mohd Khairul Najmi iaitu bekas teman lelaki lama.
Perihal ini sudah juga aku ucapkan kepadanya, dan dia memahamiku. Dia sememangnya sahabatku. Dalam masa aku kecewa, aku merana, aku gelisah dan aku kalah. Dia ada memberiku kata semangat, dia dengan rela hati yang tercalar memujuk hatiku untuk sentiasa kuat. Walaupun di dalam hatiku tidak terukir namanya, tapi dia tetap sabar. Dia adalah lelaki yang baik.
Hari demi hari, dan bulan berganti, aku semakin pulih hati, pulih jiwa dan pulih semuanya. Aku semakin gembira. Namun ku tekad untuk tidak mahu bercinta lagi, aku semakin dekatkan diri kepadaNya, kerna kurasa ini adalah karma atas kejahatan yang aku pernah buat kepada MEREKA . Ku rasaka ini adalah berkat doa salah seorang daripada mereka. Aku PASRAH.
Namun, cinta tak mengenal masa, tak pasti bila dan di mana. Cinta datang tanpa dirancang, datang tanpa diundang. Cinta tanpa paksaan. Cinta juga kadang-kadang sukar terkesan terutama bila orang tersebut adalah orang yang paling rapat dengan kita. Apa yang terjadi, apa yang akan berlaku sudah pasti, bukan, SEMESTINYA adalah KETENTUANNYA.
Akhirnya dia berjaya membuka pintu hatiku walaupun tidak sepenuhnya setelah setahun aku menyendiri. Ku rasa adalah tempoh masa yang panjang bagiku keseorangan tanpa teman lelaki. Tapi, aku punya syarat dalam perhubungan ini, iaitu NO MORE COUPLE. Kita sebagai ISLAM, marilah kita mula dari akar. Marilah kita BERTA’ARUF, kerna itu adalah cara yang sebenar dan tanpa ada terselit unsur2 maksiat dalam perhubungan. Dia bersetuju dan menyambut baik.
Setakat ini, aku bersyukur, kerna sudah beberapa bulan kami berta’aruf, tidak pernah sekali kami berpegangan tangan ketika kami keluar bersama. Tapi hubungan kami tetap baik, berjalan lancer. Aku pula semakin tenang, tidak seperti dulu. Semakin penyabar, dan semakin terbuka. Dan dalam pada yang sama dia semakin tegas. Aku berSYUKUR. Waima kami belum HALAL, tapi kami akan jaga hubungan ini sehingga kejinjang pelamin dan IN SYAA Allah hingga ke JANNAH.. Aamiin Ya Allah.
Waima kami sedang dalam tempoh berta’aruf, tapi bagiku, biarlah hanya kami yang  tahu akan hubungan kami, aku tidak mahu menghebohkan hubungan ini sehinggalah aku dijadikan isteri yang SAH baginya. Akan ku hebahkan berita ini kepada semua, dan pada dunia. In Syaa Allah itupun dengan izinNya..



Monday 14 October 2013

Long Distance Relationship Part I

Sayang, Ibu dah bagi kebenaran dah cari kerja kat semenjung”. Ayat ini yang sangat aku geruni apabila sudah memulakan satu perhubungan. Biarpun kami pernah terpisah 5 tahun yang lalu, dan kami jarang berhubung melalui SMS, mahupun panggilan telefon. Pada masa itu, aku hidup dalam duniaku sendiri, dalam perasaanku sendiri, dalam khayalanku sendiri. Namun, apa yang pasti, sepertinya kala ku kesedihan, duka dan memerlukan seseorang. SMS nya datang tanpa diduga.

“Hai, wtpa tu? Ahhahha sihat juga? Apa cer kaw skg?”. Ini yang membuatkan aku kembali tersenyum. Tapi aku tetap aku. Insan yang paling cepat lupa diri, bila aku sedih, dia pasti datang biar tidak dijemput, dan tidak diseru tapi aku, bilaku gembira, tawa dan bahagia, bukan dia yang aku cari, bukan dia yang aku ingini di sisi, bukan dia yang aku untuk kongsi. Bukan dia. Ya, bukan dia.

Tapi dia tak pernah jemu, tak pernah bosan melayan kerenah sahabatnya ini, kukira dia menganggapku sebagai budak kecil yang sangat perlu dijaga, dimanjai, dan diperhati. Aku pula masih hanyut dengan sikap yang sama, ditambah lagi dengan kehidupanku yang sangat sibuk melayan kerenah lelaki-lelaki yang meminatiku. Dan sesiapa yang berjaga mengambil hatiku dan berani untuk perlawaku untuk dijadikan teman wanita, aku dengan rasa ringan hati, gembira dan sangat terbuka menerima MEREKA. Itu lah aku yang tak pernah serik untuk menerima cinta. Cinta yang tak setia.

“Hai, apa ko bt tu? Suda makan jugak? Mcmna ko dgn boifren ko skg? Hehhehe”.  Nah...  Malas mau balas, abis kredit nanti. Perghh buruk perangai betul. Tapi bila masaku sedih, barulah sibuk mau balas mesej dia. Sahabat apakah aku ini? Aku sangat tak guna. Sehinggakan dia telah jatuh cinta padaku pun aku langsung tak sedar. Dia sangat pandai menyimpan perasaannya.

Sehinggalah beberapa tahun berlalu, aku telah mula merasa sakitnya bercinta. Kerana itulah pertama kalinya aku ditinggalkan lelaki. Bukan seperti kebiasaannya aku yang meninggalkan mereka. Argghh.. Sakitnya tak dapat diungkap, seperti hati dicucuk panah yang berbisa, seperti jantung yang dikelar, sepertinya aku tidak mampu untuk berdiri, malah tidak bisa untuk merangkak lagi. Dia pula, menjadi pemerhati dan perhati.


Kemudiannya berlakulah episode tergempar yang kurasakan seperti halilintar dalam hidupku apabila dia meluahkan rasa hatinya itu pun setelah aku mengugutnya untuk memberitahuku siapa yang telah bertapak dihatinya, yang telah membuka hatinya dan yang telah menewaskannya. Sangat tidak kujangka, orang itu adalah AKU~!!

Saturday 28 September 2013

Kasihan Si Dayus

Cinta.. Semestinya bermula dari satu perkenalan, satu perbualan, satu jelingan(hhahahha). Sehingga masa yang menentu segalanya, terjalinlah ikatan percintaan dengan di simpul dengan janji, kasih sayang, kejujuran dan mantera (adakah macam tu? hahhaha Kidding). Dan kini bermulalah perjalanan percintaan yang manis semanis kurma, indah hidup kerana punya pasangan yang sangat dicintai.. Betapa bahagianya hidup, apa tidaknya setiap masa pasti ada yang menjadi peneman, samada dekat mahupun jauh.

Tik Tok Tik Tok Tik Tok!!
Masa berjalan, tempoh percintaan masuk ke tahun yang kedua, ketiga dan seterusnya. Masa yang berlalu membawa banyak perubahan kepada hidup, kita semakin dewasa, kita semakin berubah, kita semakin sayang, kita semakin bersabar, kita semakin cemburu, kita semakin menyakitkan hati dan kita semakin bertahan. Persoalannya sampai bila?

Kenapa kau semakin berubah? Aku tidak kenal lagi kau siapa. Hidupku, perjalananku, kawan-kawanku dan keluargaku adalah HAK aku. Biarpun kita adalah berpasangan tapi kita bukanlah yang SAH, kita belum HALAL sehingga kita jadi SUAMI ISTRI, jadi biarkan la aku menentukan hala tujuku, biarlah aku bebas menikmati hidupku selagi aku tidak melanggar PERINTAH TUHAN & keluargaku. Kau cuma teman lelaki ku.

Sikapmu semakin hari semakin menjengkelkan ku, aku bertahan. Pergerakanku semakin kau kawal, aku bersabar. Kawan-kawanku kau sindir, kau tak layan, kau jeling, dan kau tak senangi diorang. Kenapa? Sebelum kau mengenali aku, sebelum kau hadir dalam hidupku, KAWAN-KAWAN ku yang menjadi penemanku ketika suka, duka, riang, gembira..

Aku berdoa semoga kau akan berubah kembali menjadi dirimu yang dulu, mana pergi janji, mana pergi kepercayaan yang kita jalinkan dahulu.. Kau kena PERCAYA diri dan Daku.. Jauh dilubuk hatiku, aku masih menyayangi dirimu sama SEPERTI DULU..

Sayangku, berhenti menjadi lelai yang dayus, berhenti dari memalukan ku di hadapan keluarga, rakan dan kalayak ramai. Aku MALU.. sangat MALU.. Fahamilah aku..

Friday 27 September 2013

Dia Si RABUN

Dia Si Rabun

Setiap daripada kita, pasti aka nada yang mempunyai masalah mata. Ada yang mata keranjang, mata juling, mata kuning mahupun mata rabun. Bila cerita mengenai mata rabun, rabun boleh dikategorikan kepada rabun jauh, rabun dekat, rabun malam dan juga rabun silau. Dan fokus dikecilkan lagi kepada rabun jauh.. hekhek.
Hakikatnya rabun jauh mempunyai kelebihan dan kekurangannya kepada sesiapa yang menghadapinya. Salah satu daripada kelebihan si rabun ialah, ramai peminat dalam kalangan lelaki ego dan lelaki yang perasan macho. Kenapa jadi macam ni?
Situasi 1:: terdapat 5 sekawan gadis, dan pada satu hari, muncul seorang jejaka kacak ke dalam kelas mereka. 4 daripada 5 sekawan ini begitu teruja melihat jejaka tersebut kecuali seorang daripada mereka. Apa yang lebih menarik lagi, keempat-empat gadis ini akan berebut-rebut mendapatkan lelaki tersebut. Walaubagaimanapun, si jejaka naik hairan kerana seorang daripada mereka tidak menunjukan rasa keterujaannya melihat si jejaka. Ini  menjadikan keegoan si jejaka tercabar. Oleh yang demikian, si jejaka berusaha mencuri perhatian si gadis dengan lebih menonjolkan penampilan lebih daripada kebiasaannya. Namun, usaha hanya sia-sia kerana si gadis masih tidak tertarik melihat perubahannya. Akhirnya, si jejaka mula merasakan si gadis adalah gadis yang sesuai untuk dijadikan pasangannya kerana baginya gadis tersebut tidak melihat kepada kekacakannya seperti gadis-gadis yang lain sedangkan dia sebenarnya tidak tahu bahawasanya gadis tersebut adalah seorang yang rabun. Namun, bonus kepada masalah mata gadis tersebut telah menyebabkan dia dapat menjadi pasangan jejaka idaman gadis-gadis lain.
Kelebihan lain bagi si rabun adalah, di segani ramai. Hahaha masuk akal ka? Mari kita sambung membaca....
Situasi 2:: si gadis yang rabun pada kebiasaannya tidak akan memandang sekeliling ketika berjalan di khalayak ramai. Kenapa? Kerana dia tidak dapat cam sesiapa pun. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berjalan sambil melihat ke lantai. Logiknya? Macam ni, bila si gadis rabun lalu di sekitar orang yang mengenalinya, pasti mereka akan senyum memandangnya kalau pun tidak menegurnya. Namun begitu, sedangkan wajahpun samar-samar dilihat oleh si rabun, inikan pula senyuman mereka terhadapnya. Malahan, ini akan memberikan tanggapan bahawa dia seorang yang sombong kerana tidak membalas senyuman mereka. Oleh itu, ini dianggap sebagai langkah yang sedikit baik la juga.. ahhahha.. tapi seeloknya pakailah cermin mata. Tapi tunggu dulu, x semua gadis suka memakai cermin mata atau pun kanta lekap kerana mereka merasakan leceh untuk memakainya kecuali hanya ketika belajar atau melakukan pembentangan di hadapan ramai. Dan ini juga menyebabkan ramai yang segan untuk bertegur sapa dengannya dan hanya segelintir yang dapat menjadi teman rapatnya. J
Seterusnya terhindar daripada melihat BENDA halus!! KIkikIKikI..

SITUASi 3:: Si gadis yang rabun pasti mempunyai penglihatan yang sangat kurang jelas terutama pada waktu malam. Justeru itu, dia tidak perlu takut untuk berjalan di waktu malam kerana makhluk halus pasti akan merasa penat untuk menakutkan si rabun kerana si rabun tidak dapat melihat dengan jelas kelibat mereka. Oleh itu, give up lah si makhluk halus.. hahhaha Just kIDDInG.!! :P..

Mampukah?!!

Mampukah aku?
Hidup kadang kala agak cruesial bagi remaja sepertiku. Setiap langkah yang diambil , setiap kata yang diucap, setiap idea yang dilontar perlu memerlukan pertimbangan dan pengorbanan bagi setiap yang kita lakukan. Mampukah aku melangkah tanpa membuat sebarang kesilapan? Mampukah aku berdiri tanpa ada yang TERSAKITI? Mampukah aku menerima tanpa ada yang membangkang? Mampukah aku memberi tanpa ada yang terasa? Kenapa harus aku memikirkan sesuatu, itu dan ini perlu menimbang mengenai orang lain terlebih dahulu?
Aku ingin belajar kerana aku tidak mahu menghampakan harapan keluarga, aku ingin mendapat keputusan yang cemerlang kerana aku ingin pensyarah dan rakan-rakan berbangga dengan setiap apa yang dikongsikan ilmu itu bersama, aku  ingin membeli baju baru kerana rakan-rakanku punya baju yang cantik dan baru untuk digayakan, dan aku perlu mencari kerja untuk menampung keluargaku.
Aku ingin menafikan hal ini, namun hakikatnya tetap sama. Mampukah aku berdiri sendiri? Mampukah aku menjadi insan yang mementingkan diri sendiri berbanding orang lain, wajarkah aku ibaratkan insan yang membuat semua perkara untuk dirinya sebagai mementingkan diri? Pada aku, YA.  Tapi aku kagum dengan insan seperti ini, mereka punyai personality yang kuat, sangat yakin pada dirinya sendiri, dan mereka tahu apa yang mereka perlu dan kehendaki serta ingini dalam kehidupan mereka. Mampukah aku menjadi seperti mereka?
Tapi aku pernah mendengar daripada seorang ustaz yang dipetikannya daripada ayat suci Al Quran Al Karim, wahai umat manusia, hendaklah kamu mendirikan solat dan BERKORBAN. Pada aku, orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa menjadikan keluarga sebagai tempat memohon restu, sahabat sebagai penasihat, guru sebagai penunjuk arah sudah semestinya ALLAH S.W.T sebagai tempat untuk memanjatkan doa.

Sehingga kini, aku masih keliru dengan keinginan ku. Dihadapanku terdapat berjuta-juta cabang KESENGSARAAN dan PENDERITAAN, setiap daripadanya sangat kelam untuk dilalui. Tapi aku pasti, adanya KEBAHAGIAAN di setiap cabang dipilih. Hanya tinggal KEBERANIAN dan KESUNGGUHAN yang perlu untuk melangkah ke jalan itu. Berbekalkan iman dan kesabaran yang tipis, aku masih berkira-kira untuk menconggak, membahagi dan mendarab setiap langkahku. Sekali lagi, MAMPUKAH AKU?

Tuesday 7 May 2013

Boleh Bersatu Tak?


                                             #Kita Malaysian!

Mengapa ini semua harus berlaku? Mengapa keamanan di negara yang dicintai ini seperti negara yang kehilangan serinya? Dan mengapa harus mempertikaikan kewibawaan kerajaan yang sudah tertubuh dan tercipta? Apa kata kita hanya menjadi rakyat yang sentiasa bersyukur dengan apa juga yang telah diberikan dan menerima ketentuan dari-NYA?

         Entah mengapa aku yang selama ini tidak mempedulikan hal berkaitan politik boleh terjerobos ke dalamnya. Tersenyum sendiri kalau diingatkan semula. Aku yang selama ini hanya membiarkan keadaan politik dunia ditentukan oleh insan lain seperti tidak boleh lagi aku hanya berdiam diri. Bukan kerana menyokong satu parti politik tertentu tetapi kerana aku adalah rakyat negara Malaysia. Aku berhak mengecapi kehidupan yang terbaik di negara tanah tumpah darahku tanpa sebarang ketakutan di dalam hati.
         Aku sedia menerima pucuk pimpinan yang telah mendapat mandat beberapa hari lalu. Tapi kalau hanya aku saja yang mengatakan sebegitu bagaimana keadaan negara ini boleh kembali kepada sedia-kala? Masih ramai manusia di luar sana yang masih mengadakan kempen,entah kempan apa lagi yang ingin diperjuangkan. Masih ada yang bertekak untuk mempertahankan parti yang ingin mereka menangkan walaupun setelah kerajaan telah tertubuh! MasyAllah! Dalam agama islam pun sudah mengatakan apabila pemimpin telah dipilih,suka atau tidak kamu berhak menerima dan patuh kepadanya. Andai tidak patuh,itu sudah membawa kepada satu dosa.
         Dunia di hujung jari,budak-budak kecil pun semakin celik pada internet. Malahan bukan sahaja budak kecil bahkan orang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya lagilah taksub pada semua ini. Jasad-jasad lain yang berkecuali,tidak terlibat dalam politik,kini turut  terjerumus dalam kontroversi panas politik-politik yang berlaku pada tika ini. Minda yang kosong pada hal berkaitan itu dengan mudah like dan sebar maklumat yang entah betul atau tidak itu ke serata dunia. “Ini boleh jadi fitnah!” Mengapa harus menjadi orang yang sebar maklumat tapi kosong pada apa jua berkaitan yang hendak disebarkan. Teruk!
         Kita satu negara,satu matlamat iaitu untuk maju kehadapan dan mengecapi kejayaan. Kau cina,dia india dan aku melayu,kita semua lain agama tapi kita semua adalah rakyat Malaysia. Mengapa harus kita berperang antara kaum yang mana boleh menyebabkan kita bakal mundur dan akan menyebabkan masuk campur pihak luar? Mahukah lagi negara kita dijajah buat sekian kalinya? Bangunlah wahai Malaysia,semua ini hanya mampu menjadikan kita lemah di mata dunia. Kita yang bergaduh sesama sendiri di dalam negara yang tercinta menyebabkan rakyat-rakyat negara lain terketawa terbahak-bahak melihat kebodohan kita sendiri. Kita tahu kita tidak ingin digelar bodoh,tapi kebodohan akibat kepandaian diri-sendiri menghalang untuk kau yakin akan semuanya. Bangkitlah!
         Adakah kau diseksa kerana penubuhan kerajaan yang telah mendapat mandat ini? Adakah kau dan keluargamu menjadi tidak selesa mendiami negara ini akibat peperangan yang tercetus kerana kerajaan ini? Dan adakah kau tidak mendapat privilege setelah keputusan pucuk pimpinan diumumkan? Bangunlah wahai Malaysia,kita harus meneruskan kehidupan untuk esok hari. Biarkanlah hal politik ini diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Kita hanya perlu menjalankan tanggungjawab kita dan sudah pun kita laksanakan. Oleh itu,bermakna apa juga yang terjadi itu keputusan besar rakyat Malaysia. Dunia kini sudah tua,sudah berada dihujung nyawanya,negara-neagar luar banyak yang berperang sana-sini akibat ketamakan dan kebencian. Mahukah kamu wahai rakyat Malaysia terbunuh kerana sesuatu yang tidak wajar? Mahukah kamu anak cucu cicit kamu nanti terseksa akibat kepandaian namun sebenarnya adalah kebodohan sendiri?
         Bangkit dan bangunlah wahai Malaysia. Bangun dari mimpi yang ngeri. Ingat, NO RACISM, kita semua adalah MALAYSIAN! (sedih!)