Sunday 20 October 2013

Long Distance Relationship III


Hubungan kami semakin baik dan semakin mencabar, apa tidaknya kaum sahabat, saudara mara terdekat, dan rakan taulan tidak mengetahui akan hubungan ini. Apa yang lebih mencabar apabila, ada antara rakan persekolahan ku yang tidak pernah segan, tak pernah jemu dan terus mencuba untuk menambat hatiku. Sehinggakan pada tahap dia ingin melamarku menjadi isterinya.
Apa yang perlu aku rasakan.. Aku kelu untuk memberitahunya hal yang sebenar, dia sering menyapa, sering menegur dan sering memberi nasihat kepadaku tat kala aku melakukan kesilapan di laman sosial. Ku kira, dia hanya mempersendaku, namun jangkaan ku meleset apabila suatu hari aku terserempak dengan rakan sekolah lamaku yang juga sahabat baik kepada jejaka ini. Dia menyatakan bahawasanya jejaka itu sememangnya menyukaiku. Sighh.. senyumanku pahit sepahit Nescafe yang diletakkan berlebihan di dalam cawan.
Dan seperti biasa, hal ini akan kuceritakan kepada si dia. Dia memahami, kerna dia juga seorang lelaki, dia tenang apabila ku ceritakan perihal itu, tanpa ku tidak menyedari bahawa hatinya sedang bergolak, dia mula dicabar dengan kehadiran jejaka itu, yang mana dia juga bekas teman seperjuangan tika di sekolah dahulu.
Apa yang lagi membimbangkannya ialah, ini bukan kes yang pertama, seperti dahulu aku masih menjadi rebutan lelaki. Tapi aku tidak lagi seperti dahulu, malah aku takut akan kehadiran mereka. Kerna, kurasakan mereka memandangku hanya kerana nafsu, aku berfikiran negatif, akan berharap jangkaanku adalah salah. Mungkin disebabkan oleh hubungan2 lepas, aku merasakan diriku janggal apabila lelaki menyapaku, aku kurang selesa dan tidak mengemarinya sehinggakan ku rasakan aku tidak selamat dan apa yang paling teruk lagi apabila aku ingin sekali menampar wajah lelaki2 ini. Mereka cukup tidak faham akan bahasa melayu agaknya. Bilaku sudah menolak mereka, tapi mereka tetap dengan kedegilan masing2. Aku FED UP.
Ingin sahaja rasanya aku menggantung sesuatu di leherku dengan “Pls, Dont Disturb!”. Pelik tapi aku sangat mahu melakukannya. Atau ingin sahaja cop didahiku “Unavailable”. Huh~!! Ditambah dengan kaum keluarga yang mahu mencarikan aku teman lelaki membuatkan aku bertambah rimas, bukan tak suka tapi aku tetap dengan pendirianku untuk tidak punya teman lelaki lagi. Lagipun, aku sedang berkenalan dengan lebih rapat dengan si dia sebelum kami membuat keputusan untuk bernikah.
Sehinggalah pada suatu, dia memutuskan untuk mencari pekerjaan di semenanjung, aku berat hati, waima aku tahu dia hendak ke sana untuk mencari pekerjaan selepas tamat persekolahan, dan niatnya untuk mengumpul wang secepat mungkin sebelum aku dirembat lelaki lain, tapi aku tidak mahu dia berada di tanah yang tidak aku jejaki kini. “Wahai hati, adakah kau sudah bersedia untuk menjadi lebih serius dengannya sehingga kau jadi rapuh begini?”. Tidak, aku cuma tidak yakin dengan hatiku, aku cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali, kerana hubungan jarak jauh waima itu adalah sebaik-baik cara untuk memperkukuhkan hubungan untuk sabar dan tabah ketika berjauhan.



1 comment: