Cinta.. Semestinya bermula dari satu perkenalan, satu perbualan, satu jelingan(hhahahha). Sehingga masa yang menentu segalanya, terjalinlah ikatan percintaan dengan di simpul dengan janji, kasih sayang, kejujuran dan mantera (adakah macam tu? hahhaha Kidding). Dan kini bermulalah perjalanan percintaan yang manis semanis kurma, indah hidup kerana punya pasangan yang sangat dicintai.. Betapa bahagianya hidup, apa tidaknya setiap masa pasti ada yang menjadi peneman, samada dekat mahupun jauh.
Tik Tok Tik Tok Tik Tok!!
Masa berjalan, tempoh percintaan masuk ke tahun yang kedua, ketiga dan seterusnya. Masa yang berlalu membawa banyak perubahan kepada hidup, kita semakin dewasa, kita semakin berubah, kita semakin sayang, kita semakin bersabar, kita semakin cemburu, kita semakin menyakitkan hati dan kita semakin bertahan. Persoalannya sampai bila?
Kenapa kau semakin berubah? Aku tidak kenal lagi kau siapa. Hidupku, perjalananku, kawan-kawanku dan keluargaku adalah HAK aku. Biarpun kita adalah berpasangan tapi kita bukanlah yang SAH, kita belum HALAL sehingga kita jadi SUAMI ISTRI, jadi biarkan la aku menentukan hala tujuku, biarlah aku bebas menikmati hidupku selagi aku tidak melanggar PERINTAH TUHAN & keluargaku. Kau cuma teman lelaki ku.
Sikapmu semakin hari semakin menjengkelkan ku, aku bertahan. Pergerakanku semakin kau kawal, aku bersabar. Kawan-kawanku kau sindir, kau tak layan, kau jeling, dan kau tak senangi diorang. Kenapa? Sebelum kau mengenali aku, sebelum kau hadir dalam hidupku, KAWAN-KAWAN ku yang menjadi penemanku ketika suka, duka, riang, gembira..
Aku berdoa semoga kau akan berubah kembali menjadi dirimu yang dulu, mana pergi janji, mana pergi kepercayaan yang kita jalinkan dahulu.. Kau kena PERCAYA diri dan Daku.. Jauh dilubuk hatiku, aku masih menyayangi dirimu sama SEPERTI DULU..
Sayangku, berhenti menjadi lelai yang dayus, berhenti dari memalukan ku di hadapan keluarga, rakan dan kalayak ramai. Aku MALU.. sangat MALU.. Fahamilah aku..
Apa jua bisa terjadi di dunia ini... Jangan tertipu,berhati-hati menjalani keberlangsungan hidup... Apa yang pasti,ingat pada yang Maha Satu!!!
Saturday, 28 September 2013
Friday, 27 September 2013
Dia Si RABUN
Dia Si Rabun
Setiap daripada kita, pasti aka nada yang mempunyai masalah
mata. Ada yang mata keranjang, mata juling, mata kuning mahupun mata rabun.
Bila cerita mengenai mata rabun, rabun boleh dikategorikan kepada rabun jauh,
rabun dekat, rabun malam dan juga rabun silau. Dan fokus dikecilkan lagi kepada
rabun jauh.. hekhek.
Hakikatnya rabun jauh mempunyai kelebihan dan kekurangannya
kepada sesiapa yang menghadapinya. Salah satu daripada kelebihan si rabun
ialah, ramai peminat dalam kalangan lelaki ego dan lelaki yang
perasan macho. Kenapa jadi macam
ni?
Situasi 1:: terdapat 5 sekawan gadis, dan pada satu hari, muncul
seorang jejaka kacak ke dalam kelas mereka. 4 daripada 5 sekawan ini begitu
teruja melihat jejaka tersebut kecuali seorang daripada mereka. Apa yang lebih
menarik lagi, keempat-empat gadis ini akan berebut-rebut mendapatkan lelaki
tersebut. Walaubagaimanapun, si jejaka naik hairan kerana seorang daripada
mereka tidak menunjukan rasa keterujaannya melihat si jejaka. Ini menjadikan keegoan si jejaka tercabar. Oleh
yang demikian, si jejaka berusaha mencuri perhatian si gadis dengan lebih
menonjolkan penampilan lebih daripada kebiasaannya. Namun, usaha hanya sia-sia
kerana si gadis masih tidak tertarik melihat perubahannya. Akhirnya, si jejaka
mula merasakan si gadis adalah gadis yang sesuai untuk dijadikan pasangannya
kerana baginya gadis tersebut tidak melihat kepada kekacakannya seperti
gadis-gadis yang lain sedangkan dia sebenarnya tidak tahu bahawasanya gadis
tersebut adalah seorang yang rabun. Namun, bonus kepada masalah mata gadis
tersebut telah menyebabkan dia dapat menjadi pasangan jejaka idaman gadis-gadis
lain.
Kelebihan lain bagi si rabun adalah, di segani ramai. Hahaha
masuk akal ka? Mari kita sambung membaca....
Situasi 2:: si gadis yang rabun pada kebiasaannya tidak akan
memandang sekeliling ketika berjalan di khalayak ramai. Kenapa? Kerana dia
tidak dapat cam sesiapa pun. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berjalan
sambil melihat ke lantai. Logiknya? Macam ni, bila si gadis rabun lalu di
sekitar orang yang mengenalinya, pasti mereka akan senyum memandangnya kalau
pun tidak menegurnya. Namun begitu, sedangkan wajahpun samar-samar dilihat oleh
si rabun, inikan pula senyuman mereka terhadapnya. Malahan, ini akan memberikan
tanggapan bahawa dia seorang yang sombong kerana tidak membalas senyuman
mereka. Oleh itu, ini dianggap sebagai langkah yang sedikit baik la juga..
ahhahha.. tapi seeloknya pakailah cermin mata. Tapi tunggu dulu, x semua gadis
suka memakai cermin mata atau pun kanta lekap kerana mereka merasakan leceh
untuk memakainya kecuali hanya ketika belajar atau melakukan pembentangan di
hadapan ramai. Dan ini juga menyebabkan ramai yang segan untuk bertegur sapa
dengannya dan hanya segelintir yang dapat menjadi teman rapatnya. J
Seterusnya terhindar daripada melihat BENDA halus!! KIkikIKikI..
SITUASi 3:: Si gadis yang rabun pasti mempunyai penglihatan yang
sangat kurang jelas terutama pada waktu malam. Justeru itu, dia tidak perlu
takut untuk berjalan di waktu malam kerana makhluk halus pasti akan merasa
penat untuk menakutkan si rabun kerana si rabun tidak dapat melihat dengan
jelas kelibat mereka. Oleh itu, give up lah si makhluk halus.. hahhaha Just
kIDDInG.!! :P..
Mampukah?!!
Mampukah
aku?
Hidup
kadang kala agak cruesial bagi remaja sepertiku. Setiap langkah yang diambil ,
setiap kata yang diucap, setiap idea yang dilontar perlu memerlukan
pertimbangan dan pengorbanan bagi setiap yang kita lakukan. Mampukah aku
melangkah tanpa membuat sebarang kesilapan? Mampukah aku berdiri tanpa ada yang
TERSAKITI? Mampukah aku menerima tanpa ada yang
membangkang? Mampukah aku memberi tanpa ada yang terasa? Kenapa harus aku
memikirkan sesuatu, itu dan ini perlu menimbang mengenai orang lain terlebih
dahulu?
Aku ingin
belajar kerana aku tidak mahu menghampakan harapan keluarga, aku ingin mendapat
keputusan yang cemerlang kerana aku ingin pensyarah dan rakan-rakan berbangga
dengan setiap apa yang dikongsikan ilmu itu bersama, aku ingin membeli baju baru kerana rakan-rakanku
punya baju yang cantik dan baru untuk digayakan, dan aku perlu mencari kerja
untuk menampung keluargaku.
Aku ingin
menafikan hal ini, namun hakikatnya tetap sama. Mampukah aku berdiri sendiri?
Mampukah aku menjadi insan yang mementingkan diri sendiri berbanding orang
lain, wajarkah aku ibaratkan insan yang membuat semua perkara untuk dirinya
sebagai mementingkan diri? Pada aku, YA.
Tapi aku kagum dengan insan seperti ini, mereka punyai personality yang
kuat, sangat yakin pada dirinya sendiri, dan mereka tahu apa yang mereka perlu
dan kehendaki serta ingini dalam kehidupan mereka. Mampukah aku menjadi seperti
mereka?
Tapi aku
pernah mendengar daripada seorang ustaz yang dipetikannya daripada ayat suci Al
Quran Al Karim, wahai umat manusia, hendaklah kamu mendirikan solat dan
BERKORBAN. Pada aku, orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa menjadikan
keluarga sebagai tempat memohon restu, sahabat sebagai penasihat, guru sebagai
penunjuk arah sudah semestinya ALLAH S.W.T sebagai tempat untuk memanjatkan
doa.
Sehingga
kini, aku masih keliru dengan keinginan ku. Dihadapanku terdapat berjuta-juta
cabang KESENGSARAAN dan PENDERITAAN, setiap
daripadanya sangat kelam untuk dilalui. Tapi aku pasti, adanya KEBAHAGIAAN di setiap cabang dipilih. Hanya tinggal KEBERANIAN dan KESUNGGUHAN yang
perlu untuk melangkah ke jalan itu. Berbekalkan iman dan kesabaran yang tipis,
aku masih berkira-kira untuk menconggak, membahagi dan mendarab setiap
langkahku. Sekali lagi, MAMPUKAH AKU?
Subscribe to:
Comments (Atom)