#Tak Boleh tegurkah?
Diri ini siapa?
Persoalan itu selalu bermain di dalam jiwa.Namun mengapa perlu diwujudkan persoalan tersebut?Sebab bukan ini yang ingin diperkatakan...:)
"Janganlah cuba menasihati dan memahami orang lain sedangkan diri sendiri pun tak difahami!"Aku tersentap!
Hujan yang turun membasahi hampir keseluruhan badanku.Ternyata aku tersilap membuat ramalan yang mengandaikan cerah hingga ke malam.Aku terlupa mengaplikasikan peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.Terlupa akan lagu yang Zamani nyanyikan,Gerimis mengundang.
Stesen perhentian bas menjadi port untuk aku berteduh sementara menunggu hujan belum redah.Titis yang turun dari langit memperlihatkan hebatnya kekuasaan Allah.Angin yang bertiup menyebabkan aku menggigil dan aku terbawa menggembara ke dalam masa lalu.Teringat bicara insan lain yang mana hati mati!
...bila kau hanya memandang kelemahan dan mengetahui personal seseorang,kau sudah terevolusi dan menyimpan maklumat itu di dalam minda.Kau tidak mampu lagi menerima bicara yang berunsur nasihat daripada insan yang kau rasa sangat lemah dari segala aspek.Kau sudah terlupa insan yang tidak memahami dirinya sendiri tidak semestinya tidak mampu memahami insan lain yang rapat dengannya.
Cuping telinga ini,pernah mendengar bicara dari insan lain.
"Aku tidak mampu menilai diri ini,aku buta.Aku perlukan penilaian dan pemerhatian insan lain agar aku bisa memperbetulkan segala khilaf yang aku tidak sedari.Nasihatilah aku,aku tidak mampu!aku tidak mampu,Aku tidak mampu!"
Bila mana kau rasa kau mampu survive sendiri dalam kehidupanmu,kau rasa kau sudah matang,dan kau rasa kau lebih baik dari insan lain,secara tidak langsung kau adalah hati mati!Tiada siapa yang bisa menasihatimu hanya kau saja yang bisa memberi kata-kata azimat itu kepada orang lain.
Why?
Aku tersedar apabila sebuah kereta memandu laju dan menyimbah lopak air ke perhentian bas.Hampir semua insan di tempat tersebut lencun!
'Huh,tak guna punya orang,butakah?'
Daun berguguran dilibas sang angin.Terus jatuh ke lantai bumi bersama setitik atau sepuluh titik air hujan.
"Bilalah hujan nak berhenti nie?"aku berbicara perlahan.
Aku terbaca pada satu blog.Blog berunsur keagamaan.Namun aku terasa sentap dengan ayat-ayat yang digunakan.Sangat sinis.Mengapa harus menasihati insan lain dengan cara yang sebegitu pedas?Malahan menyindir insan lain yang tidak mampu jadi sebaik kau?
Bila mana insan lain ingin memperbetulkan kesilapan tersebut,kau mula akan berdebat pada insan tersebut.Mempertahankan apa yang kau perkatakan.MasyALLAH.Aku juga bukan insan baik,cuma aku ingin mengingatkan diri sendiri!
'Aku redah jak lah hujan nie.Kalau tunggu sampai esok pun takkan berhenti punya.'hati berbisik menghantar mesej itu ke minda.Saat aku berlari meredah hujan,saat itu jugak aku ingin buang segala permasalahan itu...
Aku bukan insan baik,namun aku masih blajar di dunia ini.Wassalam.

