Sunday, 20 October 2013

Long Distance Relationship Part II


Aku masih aku. Siapa yang tak kenal aku dengan keras hati seperti batu, ditambah dengan EGO yang meninggi, ku kira ego yang mengalahkan egonya seorang lelaki. Aku cuba untuk tidak menerima, aku halang rasa hati untuk bersamanya, dan aku kunci rasa jiwa yang meronta. Sepertinya aku tidak mampu menerima cinta, merungkai janji bersama, dan memujuk hati untuk bersama, kerana dalam hatiku ada Mohd Khairul Najmi iaitu bekas teman lelaki lama.
Perihal ini sudah juga aku ucapkan kepadanya, dan dia memahamiku. Dia sememangnya sahabatku. Dalam masa aku kecewa, aku merana, aku gelisah dan aku kalah. Dia ada memberiku kata semangat, dia dengan rela hati yang tercalar memujuk hatiku untuk sentiasa kuat. Walaupun di dalam hatiku tidak terukir namanya, tapi dia tetap sabar. Dia adalah lelaki yang baik.
Hari demi hari, dan bulan berganti, aku semakin pulih hati, pulih jiwa dan pulih semuanya. Aku semakin gembira. Namun ku tekad untuk tidak mahu bercinta lagi, aku semakin dekatkan diri kepadaNya, kerna kurasa ini adalah karma atas kejahatan yang aku pernah buat kepada MEREKA . Ku rasaka ini adalah berkat doa salah seorang daripada mereka. Aku PASRAH.
Namun, cinta tak mengenal masa, tak pasti bila dan di mana. Cinta datang tanpa dirancang, datang tanpa diundang. Cinta tanpa paksaan. Cinta juga kadang-kadang sukar terkesan terutama bila orang tersebut adalah orang yang paling rapat dengan kita. Apa yang terjadi, apa yang akan berlaku sudah pasti, bukan, SEMESTINYA adalah KETENTUANNYA.
Akhirnya dia berjaya membuka pintu hatiku walaupun tidak sepenuhnya setelah setahun aku menyendiri. Ku rasa adalah tempoh masa yang panjang bagiku keseorangan tanpa teman lelaki. Tapi, aku punya syarat dalam perhubungan ini, iaitu NO MORE COUPLE. Kita sebagai ISLAM, marilah kita mula dari akar. Marilah kita BERTA’ARUF, kerna itu adalah cara yang sebenar dan tanpa ada terselit unsur2 maksiat dalam perhubungan. Dia bersetuju dan menyambut baik.
Setakat ini, aku bersyukur, kerna sudah beberapa bulan kami berta’aruf, tidak pernah sekali kami berpegangan tangan ketika kami keluar bersama. Tapi hubungan kami tetap baik, berjalan lancer. Aku pula semakin tenang, tidak seperti dulu. Semakin penyabar, dan semakin terbuka. Dan dalam pada yang sama dia semakin tegas. Aku berSYUKUR. Waima kami belum HALAL, tapi kami akan jaga hubungan ini sehingga kejinjang pelamin dan IN SYAA Allah hingga ke JANNAH.. Aamiin Ya Allah.
Waima kami sedang dalam tempoh berta’aruf, tapi bagiku, biarlah hanya kami yang  tahu akan hubungan kami, aku tidak mahu menghebohkan hubungan ini sehinggalah aku dijadikan isteri yang SAH baginya. Akan ku hebahkan berita ini kepada semua, dan pada dunia. In Syaa Allah itupun dengan izinNya..



No comments:

Post a Comment