Sunday, 30 December 2012


Selamanya hilang
Malam yang panjang. Aku dan buah hatiku Wafi menghabiskan masa dengan bermain boling, menonton wayang dan SHOPPING!!!!! Hahahhahaaa kalau tidak membeli-belah, jangan panggil aku Echa. Wow!!! Mr yayang kata aku SWEET sangat hari ni.. Hekhek ^_^ senyum sampai ke pipi aku jadinya, tak kira lagi hidungku yang kembang-kembang kempis ni.. Nasib lah lalat atau nyamuk tak sempat nak masuk kan kan kan.. Wayang malam ni, syok sangat. Tajuknya Selamanya Hilang. Sedih sangat jugaklah sampai aku beberapa kali mengalirkan air mata. Mujur Wafi setia memberikan aku tisu dan mengelap air mataku. Sobsob L .. Wafi kata aku Nampak cantik kalau sedih.. uwekkk rasa nak muntah dengar berkata begitu.. Selesai merembeskan air mata dekat pawagam, Wafi ajak aku makan kat Mc Donald.. My Faveret woooo!!!! Setelah selesai membeli burger, Wafi duduk di hadapan ku. Aku mencebik.. “kenapa tak duduk tepi ayang? “ Wafi tersenyum menampakkan lesung pipinya yang putih dan senyuman yang sangat menggoda ku kira.. Sempat jugak aku terpegun seketika.. Opss!! Ahahahhaaa.. Wafi bersuara, “bagi lah Abang duduk sini, lepas ni abang janji, duduk tepi sayang k J. Abang nak tengok wajah sayang abang ni puas-puas, buat bekalan tidur malam ni ;) boleh tak?” Dan aku mengalah.. Setelah selesai, kami pun berangkat pulang. Before turun dari keta, Mr Yayang sempat lagi nak kucup dahi ku.. Weeee!!! “tidur elok-elok tau sayang J.. “amboi.. romantic sangat plak malam ni cik abang, ada apa-apa ke? Hehehhe Elok-elok bawak keta..Love u.. ;P “..  Masa nak mendarat kat katil... tiba-tiba.. beep..beep.. mesej baru masuk.. ni tak lain tak bukan si Wafi lah ni.. See.. betul tekaan ku.. “sayang, jangan lupa solat k. Lepas ni tak kuasa nak ingatkan sayang lagi.. hik3 muaahhxx” .. aku tersenyum membaca textnya. Setelah selesai solat, aku pun tertidur.
                   KRINGGGGGGGGGG!!!!! Mak ai!! Bagai nak pecah gegendang telinga.. Pasallah kuat sangat bunyi jam ni.. Arghhh!! Menguap bagai nak koyak mulut.. ahahha.. Lantas aku mencapai henpon ku. 37 missed call!!!! 21 message receives!! Amboi!! Bukan main lagi banyak orang kol aku ni.. lalu aku membuka satu daripada mesej. Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!! Tanpa sempat aku membasuh muka, aku bergegas mencapai selendang dan kunci kereta. Aku menangis semahu-mahunya.. Tangan yang mengeletar, aku menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju keluar dari garaj. Ya Allah, adakah aku sedang bermimpi?!! Tidak!! Aku memang sedang bermimpi, mungkin sekejap lagi... PONNNNNNN!! Arghh keta belakang hon aku, aku tak perasan lampu dah bertukar hijau.. Aku miming tidak bermimpi..
                   “echa!! Angkat la font tuh wehh!! Wafi dah meninggal engkau tau tak!!! Bangun lah Chaa”.. Wafi.. Wafi.. Baru aku ingat, aku kena kol Wafi..  Haishh operator plak yang jawab.. sesampainya aku di pekarangan rumah Wafi kelihatan, ramai sanak-saudara Wafi ku kira sedang menangis teresak-esak, tidak kurang jugak yang sedang merenung jauh.. kedengaran di cuping telinga ku orang membaca surah Yasin.. Ya Allah, bagilah aku kekuatan.. “Nak, masuklah.. Arwah ada kat dalam” . Hampir aku nak rebah mendengar Abah Afi berkata demikian, Abah Afi adalah ayah kepada Wafi yang ku panggil abah. “Abaahhhhhhh” hanya itu yang ku mampu tuturkan ketika itu, mataku mula merembeskan air mata.
                   “Sayang, abang tak dapat nak bayangkan hidup tanpa ayang. Abang sayang sangat kat ayang tau tak”.. “iyeee tapi kalau abang takde ayang cari lain tau.. hahahha”.. Wafi mencebik..”sampai ati sayang ek.. L”.. “alahhh sayang gurau lah, kalau boleh, biarlah sayang pegi dulu dari abang, sayang nak abang hantar sayang ke liang lahat, janji tau!!”.. Wafi hanya diam mendengar aku berkata demikian. Lalu dia mengeluarkan sesuatu dari koceknya.. “Sayang.. will u marry me?” .. arghhhh!! Aku sudah tidak mahu mengingatkan apa yang diungkapkan oleh Wafi semalam. Ku kira tiada tanda-tanda yang menunjukan dia akan meninggalkan aku pada hari ini...
                                                            ~sekian~
                                                (biasa jak ceta ni hohoh)
Mereka yang teristimewa

Bermula dengan perkenalan singkat kita semakin rapat
Biarpun kita duduk di bilik yang sama
Tapi kita tidak pernah bertegur sapa
Namun, takdir merapatkan kita secara tidak sengaja
Aku tidak pasti apa yang membuatkan kita saling mengenali
Yang pasti, aku gembira bertemu dengan kamu
Biarpun kamu antara 6 keajaiban dunia
Jarang-jarang untuk ditemui sifat dan sikap seperti kamu
Aku bahagia sebab kamu yang teristimewa
Perkenalan kita yang semakin rapat dari hari ke sehari
Menyebabkan ada yang ingin mengenali kita dengan lebih rapat
Bukannya kita memilih kawan
Tapi kami tidak begitu suka dengan sikap kamu... kamu..
Kamu yang ingin berteman dengan kami
Hanya kerana kami sekumpulan
Sebelum kami menjadi satu kumpulan
Ada kamu.. kamu Nampak kewujudan kami?
Tiada...
Bila kami menjadi perhatian yang lain, maka kamu pun cuba ingin mendampingi
Tidak kurang juga..
Ada yang mencemburui dan ingin menjatuhkan kami
Dan yang paling memalukan bila mana kamu memperkecilkan kami di depan tenaga pengajar
Isk3....
Apalah kamu-kamu dapat buat begitu?
Aku menulis bukan saja2
Tapi ini lah hakikatnya...
Pensyarah itu sendiri yang cakap dengan aku..
So...
Kalau kau buat macam tuh,
Kau rasa pensyarah mau pecaya lah dengan kamu?
Tapi kamu silap kan..
Di dalam kelas kamu yang selalu jadi mangsa sindiran pensyarah
Sebab apa?
Sebab gaya kamu yang suka buruk2kan orang
Macam lah kami ini ganggu hidup kamu kan..
BTW..
Itu tidak jadi penghalang untuk kami terus bersama
Kerana kami saling melengkapi
Saling menyokong antara satu sama lain
Masing2 punya personaliti yang unik pada pandangan aku
Hahahhaha...
Mereka yang teristimewa...
Masa yang ada
Tak kan aku sia2 untuk sama2 mencipta kenangan bersama2 kamu
Semoga kita semua Berjaya mengecap impian
In sha Allah.. Aamiin ^_^

Saturday, 29 December 2012

macam mana nak buat??

Saya: apa maksud kau dengan macam mana nak buat?
aku: yalah.. aku sedang mara ni.. apa yang perlu aku buat? 
saya: kenapa pulak kau mara2 ni? tak bagus lah macam ni.. cuba bawa bersabar.. 
aku: macam mana lah aku nak sabar, ikut sedap mulut je lah orang nak mengata.. 
saya: hahahha sabar je lah. nak mara pon teda guna.. menyakit kan ati lagi ada
aku: cakap senang la, bukan kau yang berada tempat aku.. >.<
saya: astaghfirullah.. iyaa aku tau.. tapi kalau kau mara pun, apa juga dapat kau buat? maki orang tuh? mara dia balik? macam tuh?
lepas sudah memaki, jadi apalah yang kau nak buat lagi?
aku: puas la hati..
saya: hahhaha ikut kata hati mati, ikut kata.......(lupa) binasa . kita kena ingat, apa yang berlaku pasti ada sebab, mungkin sebelum ni kau penah sakitkan ati orang, macam ni lah orang buat kau balik
atau manala tau lepas ni kau pulak yang sakitkan ati orang
tak pasal2 orang muntahkan makian di muka kau.. apa kau rasa? sebelum kita buat sesuatu, fikir dulu akibat yang bakal terjadi, jangan la ikutkan sangat amarah tuh. cuba bertenang dan fikir balik kenapa orang mengata dekat kita. 
aku: ........................



kirimkan aku salam...

demi Allah, aku masih belum bersedia 

sedangkan memikirkan azab yang bakal ku terima
aku sudah lemah lutut
ini kan pula ingin ingin mengadapnya di hari pembalasan
azab kubur pun aku masih tidak punya bekalan
masih tidak cukup amalku
setiap hari pasti akan ada deduction pahala
mana tidak..
aku mengaku, aku masih tidak berpakaian litup
pakai long-sleeve tapi..
lengan baju dilipat sampai ke siku
pakai tudung, tapi tudung ku tidak menutup bahagian dadaku
bercakap apatah lagi
ada saja yang tidak kena
Ya Allah
sampaikan lah salam ku
berikanlah aku petunjukMu
ku hamba yang hina
melakukan dosa setiap detik dan ketika
aku sedar..



Friday, 28 December 2012

BIARLAH RAHSIA? ATAU....

Kita makhluk yang lemah. 
Punya takdir masing-masing yang sudah tertulis sejak kita berada di dalam rahim insan yang paling mulia, yang bernama ibu, emak, mama, mummy dan umi.
setiap daripada kita pasti pernah melakukan kesilapan.
kesilapan yang kau tidak akan lupakan dan menjadi bayang-bayang hitam yang sentiasa menghantui diri.
ada pula kesilapan yang mampu menjatuhkan maruah mu sendiri
dan bukan semua akan dapat menerima apa yang pernah kau lakukan
bagaikan maruah mu terletak pada tangga paling rendah dari seorang pelacur
hurm....
apa yang perlu kau lakukan?
bila kau berjumpa dengan pasangan yang sangat kau cintai
kau berazam untuk menjadikannya suri di hati
menjadikannya suami/ isteri
tapi.....
kisah silap, kesilapan lepas membataskan niatmu itu
apa yang perlu dilakukan bagi memastikan dia tidak lepas
memastikan dia terus disampingmu
memastikan kau tidak merana dan kecewa
perlukah aku rahsia kan atau....
jika aku membuka pekung di dada..
adakah dia dapat menerima ku seadanya?
adakah dia dapat menerima sebab musabab dan kesilapan ku?
adakah dia masih dengan keputusannya untuk menjadikan aku sebagai suami/isteri?
dan pastinya..
ada dua akibat yang perlu kau hadapi
samada dia menerima mu seadanya
atau dia meninggalkan mu dengan luka di hati
jadi...
fikirlah sebelum kita membuat apa-apa tindakan atau keputusan
pada pendapat aku..
biarlah kisah silam itu disimpan sebagai pengajaran hidup
kerana apa yang berlaku adalah takdirmu
semuanya sudah menjadi ketentuan yang ditentukan olehNya
kita sebagai manusia, perlu percaya dengan qada' dan qadar 
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah
Dia sedang menguji hambanya
kau dan si dia takkan bertemu
sekiranya Dia tidak menetapkannya begitu
bila Dia berkata 'Kun Fayaa Kun'
maka, pastinya akan tertunai.
semua yang berlaku adalah SKRIP yang sudah tertulis.
teruskanlah hidup
kerana aku percaya
setiap insan pasti akan berubah
sama ada dia berubah ke arah kebaikan 
atau pun berubah ke arah kejahatan
kita punya jalan untuk memilih
satu yang perlu kita ingat
manusia yang ingin berubah menjadi baik
tidak mustahil akan menjadi lebih baik dari kita kini
jadi...
jangan pernah menilai kesilapan manusia
jadikan apa yang kita nampak dan dengar sebagai pengajaran hidup
dan jangan mengulanginya pada masa akan datang.. 
ini jadi peringatan untuk diriku sendiri
sama-samalah kita mengejar keredhaan Allah
in sha Allah..
Aamiin
^_^



Monday, 26 November 2012

Hati Mati!

                           #Tak Boleh tegurkah?

       Diri ini siapa?
              Persoalan itu selalu bermain di dalam jiwa.Namun mengapa perlu diwujudkan persoalan tersebut?Sebab  bukan ini yang ingin diperkatakan...:)

              "Janganlah cuba menasihati dan memahami orang lain sedangkan diri sendiri pun tak difahami!"Aku tersentap!

              Hujan yang turun membasahi hampir keseluruhan badanku.Ternyata aku tersilap membuat ramalan yang mengandaikan cerah hingga ke malam.Aku terlupa mengaplikasikan peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.Terlupa akan lagu yang Zamani nyanyikan,Gerimis mengundang.

            Stesen perhentian bas menjadi port untuk aku berteduh sementara menunggu hujan belum redah.Titis yang turun dari langit memperlihatkan hebatnya kekuasaan Allah.Angin yang bertiup menyebabkan aku menggigil dan aku terbawa menggembara ke dalam masa lalu.Teringat bicara insan lain yang mana hati mati!

           ...bila kau hanya memandang kelemahan dan mengetahui personal seseorang,kau sudah terevolusi dan menyimpan maklumat itu di dalam minda.Kau tidak mampu lagi menerima bicara yang berunsur nasihat daripada insan yang kau rasa sangat lemah dari segala aspek.Kau sudah terlupa insan yang tidak memahami dirinya sendiri tidak semestinya tidak mampu memahami insan lain yang rapat dengannya.

           Cuping telinga ini,pernah mendengar bicara dari insan lain.

           "Aku tidak mampu menilai diri ini,aku buta.Aku perlukan penilaian dan pemerhatian insan lain agar aku bisa memperbetulkan segala khilaf yang aku tidak sedari.Nasihatilah aku,aku tidak mampu!aku tidak mampu,Aku tidak mampu!"

           Bila mana kau rasa kau mampu survive sendiri dalam kehidupanmu,kau rasa kau sudah matang,dan kau rasa kau lebih baik dari insan lain,secara tidak langsung kau adalah hati mati!Tiada siapa yang bisa menasihatimu hanya kau saja yang bisa memberi kata-kata azimat itu kepada orang lain.

          Why?

         Aku tersedar apabila sebuah kereta memandu laju dan menyimbah lopak air  ke perhentian bas.Hampir semua insan di tempat tersebut lencun!

        'Huh,tak guna punya orang,butakah?'
             
         Daun berguguran dilibas sang angin.Terus jatuh ke lantai bumi bersama setitik atau sepuluh titik air hujan.

         "Bilalah hujan nak berhenti nie?"aku berbicara perlahan.

         Aku terbaca pada satu blog.Blog berunsur keagamaan.Namun aku terasa sentap dengan ayat-ayat yang digunakan.Sangat sinis.Mengapa harus menasihati insan lain dengan cara yang sebegitu pedas?Malahan menyindir insan lain yang tidak mampu jadi sebaik kau?
Bila mana insan lain ingin memperbetulkan kesilapan tersebut,kau mula akan berdebat pada insan tersebut.Mempertahankan apa yang kau perkatakan.MasyALLAH.Aku juga bukan insan baik,cuma aku ingin mengingatkan diri sendiri!

        'Aku redah jak lah hujan nie.Kalau tunggu sampai esok pun takkan berhenti punya.'hati berbisik menghantar mesej itu ke minda.Saat aku berlari meredah hujan,saat itu jugak aku ingin buang segala permasalahan itu...

        Aku bukan insan baik,namun aku masih blajar di dunia ini.Wassalam.


Friday, 16 November 2012

Simple But Critical!

                 #Inikah yang kita pertahankan?

               Aku bukan pendakwah ataupun ahli ulama apatah lagi sang tabligh.Aku cuma insan biasa yang ingin belajar sesuatu yang ada di dunia ini.Pelbagai yang aku dengar dari cuping telinga ciptaan Allah ini.Dengar,lihat dan rasa seolah-olah nampak benar tapi...

              Politik sekarang sangat menyiksa minda.Minda pula terpaksa menerima bahawa dunia harus memilih siapa pemimpin yang layak berdiri teguh.Media massa semakin rancak mengeluarkan pelbagai manisan minda walaupun sebenarnya racun minda manusia di bumi.
Sesak,segala-galanya seperti satu agenda yang telah dirancang.Meminta manusia di bumi ini saling bermusuh antara satu sama lain.Why?

             Tatkala manusia saling bertikam lidah,yang berada di organisasi atasan sedang bersuka dan bergelak tawa.What is that?Ya seperti bicara ghost writer baik diamkan,namun sakit yang terpendam takkan terlerai.(wow macam ahli politiklah pulak huhu).Dalam laman sosial,ada yang berani meletakkan gambar pemimpin-pemimpin bukan parti pilihan mereka dengan pelbagai ayat makian pada gambar-gambar pemimpin tersebut.Why we should do like that?Adakah kita mampu dapat keuntungan dengan melakukan sebegitu?Setiap makian yang kita lemparkan atau lakarkan boleh dapat satu dollar tak?Terevolusi dengan permainan kotor sehingga sanggup makan saudara seagama sendiri!Apa yang ingin ditegakkan di sini andai saudara sendiri kau bunuh secara halus?

            Buka sahaja Youtube,pelbagai benda yang mampu kau temui.Dari hiburan sehinggalah penipuan.Huh,biasalah dunia serba canggih.Ceramah-ceramah islam turut bisa menjadi halwa telinga di dalam laman ini.Namun yang banyak ditemui adalah perbalahan dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.Yang satu cakap begini dan yang satu pula cakap begitu.Pasti manusia lain makin keliru dengan segala-galanya.Kepercayaan semakin menggelap apabila orang yang bijaksana sendiri menjadi perosak kepada insan yang kurang berpengetahuan.Mengapa?

           "Kini alim ulama menjual agama pada pihak atasan.Yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan"Aku tersentap mendengar bicara ahli tabligh di dalam Youtube.Tapi itu aku menyokongnya sebanyak 91%!Pelbagai agenda yang di wujudkan.Dunia seakan-akan ditipu oleh manusia.Bukan lagi manusia yang tertipu.MasyAllah!

          Contohnya:
        #'Zaman dulu tiada pun perarakan Maulidur Rasul dilakukan,mengapa kini mesti dilakukan?'(itu pun ada insan ingin mempersoalkan,bila lagi kita ingin mengingat Rasullullah?')
       #Aku terdengar bicara dari insan lain,membuat bubur shuhra untuk diberi pada insan lain ketika awal muharam tak patut dilakukan.Tapi mengapa harus pertikaikan benda yang simple?sudah tiada benda lagi yang ingin dibicarakan kah?
       #Macam-macam yang diperkatakan,kalau ingin berjuang kejalan yang kau inginkan,islam sepenuhnya mengapa riba yang dilakukan di bank masih dibiarkan?Bukankah itu dosanya seperti membunuh para nabi-nabi?Aku yang tidak punyai pelajaran turut tahu hal itu!
       #Mengapa masih mengizinkan kilang arak diwujudkan di bumi yang kau pijak ini?Besar lagi tue.Huh macam supermarket!
So,jangan jadi kritikal sangat,sampai semua dijadikan benda haram,haram dijadikan halal!

             Bila ada maksiat berlaku,mulalah berderet cerita keluar.Benda yang berlaku dihujung bumi mampu tersebar sehingga ke hujung dunia yang lain.Cerita yang dipamerkan sepatutnya tidak perlulah disebarkan sehingga menjatuhkan aib pada saudara seagama sendiri.Walaupun bukan seagama sekalipun,dia tetap manusia.Biarlah dibuat secara tersembunyi.Adakah untuk dijadikan pedoman atau sebagai hiburan yang mengaibkan?Kalau jenayah berat yang melibatkan manusia lain tidak apalah,sebarlah.Ini benda yang dilakukan hanya berdua di dalam bilik yang hanya Allah dan manusia itu sendiri tahu boleh hampir separuh dunia tahu?Manusia...Manusia!

            Penat minda memuntahkan rasa ketidakpuasaan hati huuhu.Yang pasti aku tidak komen dan menjurus pada sesiapa.Bak kata pepatah,siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya!Aziossss...

-AMAR SHAH-

Monday, 12 November 2012

Pendakwah...

                      #It is supposed to be???

              Sudah seminggu langit terus bersedih.Air terus sahaja diturunkan ke permukaan bumi.Sehari dua ramai manusia bersyukur atas kejadian itu.Rahmat!Namun apabila masuk hari ketiga dan keempat,hati manusia di bumi semakin risau.Kesyukuran yang dilemparkan berganti dengan ketakutan.Namun saat ini, secawan milo panas tetap setia bersama menemani aku.Minda terbayang pada kau yang bergelar sang pendakwah.Berpakaian kemas dan bersongkok di atas kepala.Layak seperti yang digelar oleh masyarakat.

             Namun kau manusia biasa yang terus dibelenggu dosa.Sama seperti aku.Kau merasakan dirimu adalah terbaik diantara lain yang sebaya denganmu.Aku juga kau pandang hanya sebelah mata.Kau hanya pandang tinggi orang yang sama seperti dirimu.Yang konon menegakkan syiar islam.Adakah sepatutnya kau melakukan sebegitu?Bukankah kita sama di sisi Allah dan saudara seagama?

            Hujan yang turun mendiamkan sekalian sang gagak-gagak yang tidak tahu mengenal erti senyap.Andai matahari cerah di atas sana,makhluk Tuhan itu ingin saja terus bernyanyi.Ku buang pandangan ke bawah,terlihat kau yang sedang memegang payung yang berwarna-warni.Teringat aku tatkala aku lepak di warung kelantan di bawah sana,kau sedang sibuk membicarakan segala-galanya.Seolah-olah kau sedang berdakwah.Tidakkah kau sedar bahawa kau telah membuat satu dosa yang kau tidak sedar kau melakukannya?Kau berkata-kata seolah-olah benar,dan sememangnya benar.Tapi bukankah itu mengumpat namanya?Andai kau ingin berdakwah,tegurlah siapa hamba Tuhan yang kau tidak puaskan itu.Patutkah kau lakukan itu???

          Bukankah kau tahu ber'couple' itu haram?Hampir semua berkata sebegitu.Namun kau tetap dengan pendirian diri.Kau mengatakan kau ber'couple' tapi kau langsung tidak menyentuh pasanganmu itu langsung.Kau mengatakan kau sentiasa menjaga batasan diri.Tapi adakah itu bisa mengubah fakta agama?Kau buat pertemuan dengan pasanganmu di kawasan terbuka,konon untuk mengelakkan daripada berkelakuan sumbang.Perhentian bas menjadi 'port' untukmu dengan pasanganmu yang kau kasihi bertemu.Namun dalam ketidaksedaran kau telah menjatuhkan maruahmu yang suci itu!

         Aku bukan insan yang baik kerana telah mendedahkan ceritamu pada semua di dunia ini.Namun kau jangan risau,kau tidak akan sedar dan manusia lain jugatidak akan kenal siapa kau sebenarnya.Biarlah ceritamu jadi satu teladan dan pencuci minda.

        Kau hampir merasakan dunia ini hampir berpihak padamu.Sedar,kau manusia biasa!
-AMAR SHAH-
          

Thursday, 1 November 2012

Sahabat

setiap dari kita punya kenalan, yang mungkin menjadi kawan maupun lawan.. beruntungla siapa yang berkawan menjadi sahabat.. bertambahla collection kita kan. tapi kita yakin ka kita boleh jadi sahabat yang baik? pendengar yang baik, penasihat yang baik, paling kurang pun penegur yang baik? let's see kita tahu, sahabat kita buat salah, buat dosa, so apa yang kita buat? tegur "janganla bhaa kau buat macam tuh macam ni".. bial kau suda tegur, kau pasti ka sahabat kau akan dengar cakap kau? then di sana baru kau sedar yang kau teda persefahaman antara satu sama lain, bila suda penat menegur, kamu pun mula menjauh..jauh dan makin jauh.. yang paling teruk lagi, bila terserempak pun langsung tidak menegur antara satu sama lain dan yang paling teruk tuh, bila nampak "sahabat" kunun nya dari jauh, serta merta beralih ke arah yang lain.. astaghfirullah mana suda janji semasa kita bersahabat, walaupun pada hakikatnya kita tidak la perlu sign contract untuk di isytihar menjadi sahabat. dan kes yang paling teruk lagi, bila suda tidak bersahabat lagi, kita sedaya upaya cuba untuk menjatuhkan dia, memburukkan nya, dan akhir sekali membuka pekung rahsia yang menjadi rahsia antara kamu. apa la maknanya jika itu terjadi, tidak ka kita sedar akan apa yang berlaku pada kemudian hari? ingat la dengan baris ayat ini "what you give, you get back" subhanallah nauzubillah. 
kes yang lain pulak, kita bersahabat dengan insan yang pernah membuat kejelekan yang ramai tidak dapat menerimanya. namun, kenapa mesti kita menyisihkan insan seperti itu hanya kerana dosa-dosa yang pernah dilakukanya dulu? kita tidak berhak untuk menilai orang, siapa la kita. kita ni alim ulama ka? ustaz ustazah? sedangkan mereka pun boleh menerima orang seperti ini untuk di bawa ke jalan yang benar dan mendapat keredhaan Allah. kenapa kita pulak yang perlu jijik dengan mereka jika mereka ingin berubah? kita yang sepatutnya takut untuk menjadi seperti itu, tidak mengulangi perilaku itu, siapa tahu, bila nafsu menguasai diri, tidak mustahil kita juga akan melakukan benda yang sama seperti mereka yang pernah melakukanya. nauzubillah min zalik. adakah kita boleh mengatakan kita ni baik hanya sebab kita tidak melakukan perkara yang sama, tapi berpakaian pula mengalahkan orang miskin yang tidak mempunyai kain yang cukup? bercakap benda yang sia-sia? berpeleseran tidak mengira masa dan tempat? menderhaka ibu bapa? fikir-fikir kanlah. hanya orang yang punya iman dan hati yang baik akan menerima insan yang pernah kotor pada satu ketika dahulu..
bagaimana pula jika kita bersahabat dengan sahabat yang punya kisah seakan-akan kisah kita, membuat dosa di sini sana, segala-gala ingin di cuba, menghalalkan cara..? bagaimana kita tahu sahabat kita melakukan dosa seumpama kita? sebabnya sahabat percaya dengan persahabatan kita, tapi kita? hanya mampu menyimpan rahsia perlakuan dahulu dari menceritakan kepada sahabat. kenapa begitu? sebab kita takut sahabat tidak akan menghormati kita? kerana takut sahabat akan mencaci kita? atau kita malu terhadap diri sendiri? cukup la sampai di sini, sama-sama kita fikir-fikirkan. 

Saturday, 13 October 2012

Perempuan...

                             #Mengapa harus berkata?


                     Bila orang berkata perempuan sangat bijak,
                     Bila orang berkata perempuan paling ramai di universiti,
                     Bila orang berkata perempuan penuh dengan kreativiti,
                     Bila orang berkata perempuan mampu mengatur kehidupan,
                     Bila orang berkata perempuan mampu jadi pemimpin,
                     Bila orang berkata perempuan mampu menggegar dunia,
                     Bila orang berkata perempuan penyeri dunia,
                     Namun jangan sampai usaha yang bakal orang perkatakan,
                     Jangan sampai kata -kata diperkatakan,
                     Jangan sampai kata-kata menghancurkan minda,
                     Jangan sampai kata-kata merosakkan jiwa,
                     Jangan sampai semua orang berkata namun tiada apa yang ingin diperkatakan,
                     Biar jiwa ingat yang satu yang pasti bukan kata-kata,
                     Leburkan semua kata-kata yang bisa menghancurkan mata hati kita,
                     Jangan biar perempuan sahaja yang hebat diperkatakan...
                     berdoa pada sang Tuhan jangan tahu hanya memperkatakan sahaja!
                     Dunia orang kata kejam,tapi manusia lebih kejam kalau diperkatakan...
                     Abaikan semua kata-kata,
                     Hanya perlu jalankan misi sebagai khalifah seperti yang diperkatakan!
                     Tidak perlu menjadi hamba pada kata-kata semata-mata...

Saturday, 6 October 2012

Dunia...

                         #Fikir-Fikirkanlah,Dunia...

         Bumi terus saja ligat berputar pada paksi dan orbit.Melaksanakan tugas yang diberikan oleh sang Tuhan.Namun manusia terus saja statik pada tempat yang sama.Hanya terus memikirkan masalah kehidupan bagaimana untuk terus melanjutkan perkembangan di dunia yang luas ini.

         Sedarlah wahai manusia,dunia sudah tua.Dunia berada di hujung klimax.Mengapa harus kita mempersoalkan segala-galanya pada saat begini?Mengapa perlu kita bersengketa sesama kita andai ada yang kita tidak senangkan?Dan mengapa perlu kita mengejar sesuatu yang pastinya kita tahu bukan milik kita sepenuhnya?Malahan dengan rakusnya kita menyeksa hidup sesama manusia tanpa mengenal erti berperikemanusiaan...

         "Yang miskin terus miskin,manakala yang kaya bertambah kaya..."

         Ayat ini terus terngiang-ngiang di dalam minda apabila mata tercuci pada satu keratan akhbar.Keadaan realiti yang bukan dicipta dek minda,tapi dicipta oleh manusia itu sendiri.Tiadakah rasa yang mampu lahir dibenakmu wahai insan duniawi???

        "Mengapa perlu kejam sesama kita?Tak bolehkah kau bertimbang rasa pada aku yang tidak termampu ini?"

        Rasa sedih ayat yang terluah itu,namun bukan semua mampu merasainya.Prinsip 'Kau,kau...Aku,aku...' terus dilaksanakan.Namun bila satu kepentingan diperlukan dari sesorang insan yang pernah ditindas,segala-galanya akan dihulurkan.Manis bibir dan lidah lebih manis dari madu lebah.Lebih manis dari tebu dan senyuman boleh sampai hingga ke telinga.Pelik sungguh segelintir makhluk yang bergelar manusia tapi tidak layak di dunia ini!

       Mempercayai sesorang adalah sangat sukar pada abad ini.Susah mengenal siapa kawan dan siapa lawan.Semua bisa saja jadi kawan dalam satu masa,tapi bisa juga jadi lawan dalam sekelip mata.Inilah yang sedang berlaku di dunia ini.Sedangkan keluarga sendiri boleh jatuhkan silaturahim itu,apatah lagi manusia yang langsung kau tidak kenali...

       Di dunia ini,banyak situasi nampak betul,tapi sebenarnya tipu...

       Andai kau percaya pada propaganda itu,kau jadi buta hati,minda dan jiwa.Kau terus saja jadi orang yang bakal diperbodohkan...

       Inilah dunia...Dunia...Dunia...!!!