Monday, 14 October 2013

Long Distance Relationship Part I

Sayang, Ibu dah bagi kebenaran dah cari kerja kat semenjung”. Ayat ini yang sangat aku geruni apabila sudah memulakan satu perhubungan. Biarpun kami pernah terpisah 5 tahun yang lalu, dan kami jarang berhubung melalui SMS, mahupun panggilan telefon. Pada masa itu, aku hidup dalam duniaku sendiri, dalam perasaanku sendiri, dalam khayalanku sendiri. Namun, apa yang pasti, sepertinya kala ku kesedihan, duka dan memerlukan seseorang. SMS nya datang tanpa diduga.

“Hai, wtpa tu? Ahhahha sihat juga? Apa cer kaw skg?”. Ini yang membuatkan aku kembali tersenyum. Tapi aku tetap aku. Insan yang paling cepat lupa diri, bila aku sedih, dia pasti datang biar tidak dijemput, dan tidak diseru tapi aku, bilaku gembira, tawa dan bahagia, bukan dia yang aku cari, bukan dia yang aku ingini di sisi, bukan dia yang aku untuk kongsi. Bukan dia. Ya, bukan dia.

Tapi dia tak pernah jemu, tak pernah bosan melayan kerenah sahabatnya ini, kukira dia menganggapku sebagai budak kecil yang sangat perlu dijaga, dimanjai, dan diperhati. Aku pula masih hanyut dengan sikap yang sama, ditambah lagi dengan kehidupanku yang sangat sibuk melayan kerenah lelaki-lelaki yang meminatiku. Dan sesiapa yang berjaga mengambil hatiku dan berani untuk perlawaku untuk dijadikan teman wanita, aku dengan rasa ringan hati, gembira dan sangat terbuka menerima MEREKA. Itu lah aku yang tak pernah serik untuk menerima cinta. Cinta yang tak setia.

“Hai, apa ko bt tu? Suda makan jugak? Mcmna ko dgn boifren ko skg? Hehhehe”.  Nah...  Malas mau balas, abis kredit nanti. Perghh buruk perangai betul. Tapi bila masaku sedih, barulah sibuk mau balas mesej dia. Sahabat apakah aku ini? Aku sangat tak guna. Sehinggakan dia telah jatuh cinta padaku pun aku langsung tak sedar. Dia sangat pandai menyimpan perasaannya.

Sehinggalah beberapa tahun berlalu, aku telah mula merasa sakitnya bercinta. Kerana itulah pertama kalinya aku ditinggalkan lelaki. Bukan seperti kebiasaannya aku yang meninggalkan mereka. Argghh.. Sakitnya tak dapat diungkap, seperti hati dicucuk panah yang berbisa, seperti jantung yang dikelar, sepertinya aku tidak mampu untuk berdiri, malah tidak bisa untuk merangkak lagi. Dia pula, menjadi pemerhati dan perhati.


Kemudiannya berlakulah episode tergempar yang kurasakan seperti halilintar dalam hidupku apabila dia meluahkan rasa hatinya itu pun setelah aku mengugutnya untuk memberitahuku siapa yang telah bertapak dihatinya, yang telah membuka hatinya dan yang telah menewaskannya. Sangat tidak kujangka, orang itu adalah AKU~!!

1 comment:

  1. hmmm... tu sebab aq tak mau bercinta sangat hahaha... -_-

    ReplyDelete