Sunday, 30 December 2012


Selamanya hilang
Malam yang panjang. Aku dan buah hatiku Wafi menghabiskan masa dengan bermain boling, menonton wayang dan SHOPPING!!!!! Hahahhahaaa kalau tidak membeli-belah, jangan panggil aku Echa. Wow!!! Mr yayang kata aku SWEET sangat hari ni.. Hekhek ^_^ senyum sampai ke pipi aku jadinya, tak kira lagi hidungku yang kembang-kembang kempis ni.. Nasib lah lalat atau nyamuk tak sempat nak masuk kan kan kan.. Wayang malam ni, syok sangat. Tajuknya Selamanya Hilang. Sedih sangat jugaklah sampai aku beberapa kali mengalirkan air mata. Mujur Wafi setia memberikan aku tisu dan mengelap air mataku. Sobsob L .. Wafi kata aku Nampak cantik kalau sedih.. uwekkk rasa nak muntah dengar berkata begitu.. Selesai merembeskan air mata dekat pawagam, Wafi ajak aku makan kat Mc Donald.. My Faveret woooo!!!! Setelah selesai membeli burger, Wafi duduk di hadapan ku. Aku mencebik.. “kenapa tak duduk tepi ayang? “ Wafi tersenyum menampakkan lesung pipinya yang putih dan senyuman yang sangat menggoda ku kira.. Sempat jugak aku terpegun seketika.. Opss!! Ahahahhaaa.. Wafi bersuara, “bagi lah Abang duduk sini, lepas ni abang janji, duduk tepi sayang k J. Abang nak tengok wajah sayang abang ni puas-puas, buat bekalan tidur malam ni ;) boleh tak?” Dan aku mengalah.. Setelah selesai, kami pun berangkat pulang. Before turun dari keta, Mr Yayang sempat lagi nak kucup dahi ku.. Weeee!!! “tidur elok-elok tau sayang J.. “amboi.. romantic sangat plak malam ni cik abang, ada apa-apa ke? Hehehhe Elok-elok bawak keta..Love u.. ;P “..  Masa nak mendarat kat katil... tiba-tiba.. beep..beep.. mesej baru masuk.. ni tak lain tak bukan si Wafi lah ni.. See.. betul tekaan ku.. “sayang, jangan lupa solat k. Lepas ni tak kuasa nak ingatkan sayang lagi.. hik3 muaahhxx” .. aku tersenyum membaca textnya. Setelah selesai solat, aku pun tertidur.
                   KRINGGGGGGGGGG!!!!! Mak ai!! Bagai nak pecah gegendang telinga.. Pasallah kuat sangat bunyi jam ni.. Arghhh!! Menguap bagai nak koyak mulut.. ahahha.. Lantas aku mencapai henpon ku. 37 missed call!!!! 21 message receives!! Amboi!! Bukan main lagi banyak orang kol aku ni.. lalu aku membuka satu daripada mesej. Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!! Tanpa sempat aku membasuh muka, aku bergegas mencapai selendang dan kunci kereta. Aku menangis semahu-mahunya.. Tangan yang mengeletar, aku menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju keluar dari garaj. Ya Allah, adakah aku sedang bermimpi?!! Tidak!! Aku memang sedang bermimpi, mungkin sekejap lagi... PONNNNNNN!! Arghh keta belakang hon aku, aku tak perasan lampu dah bertukar hijau.. Aku miming tidak bermimpi..
                   “echa!! Angkat la font tuh wehh!! Wafi dah meninggal engkau tau tak!!! Bangun lah Chaa”.. Wafi.. Wafi.. Baru aku ingat, aku kena kol Wafi..  Haishh operator plak yang jawab.. sesampainya aku di pekarangan rumah Wafi kelihatan, ramai sanak-saudara Wafi ku kira sedang menangis teresak-esak, tidak kurang jugak yang sedang merenung jauh.. kedengaran di cuping telinga ku orang membaca surah Yasin.. Ya Allah, bagilah aku kekuatan.. “Nak, masuklah.. Arwah ada kat dalam” . Hampir aku nak rebah mendengar Abah Afi berkata demikian, Abah Afi adalah ayah kepada Wafi yang ku panggil abah. “Abaahhhhhhh” hanya itu yang ku mampu tuturkan ketika itu, mataku mula merembeskan air mata.
                   “Sayang, abang tak dapat nak bayangkan hidup tanpa ayang. Abang sayang sangat kat ayang tau tak”.. “iyeee tapi kalau abang takde ayang cari lain tau.. hahahha”.. Wafi mencebik..”sampai ati sayang ek.. L”.. “alahhh sayang gurau lah, kalau boleh, biarlah sayang pegi dulu dari abang, sayang nak abang hantar sayang ke liang lahat, janji tau!!”.. Wafi hanya diam mendengar aku berkata demikian. Lalu dia mengeluarkan sesuatu dari koceknya.. “Sayang.. will u marry me?” .. arghhhh!! Aku sudah tidak mahu mengingatkan apa yang diungkapkan oleh Wafi semalam. Ku kira tiada tanda-tanda yang menunjukan dia akan meninggalkan aku pada hari ini...
                                                            ~sekian~
                                                (biasa jak ceta ni hohoh)
Mereka yang teristimewa

Bermula dengan perkenalan singkat kita semakin rapat
Biarpun kita duduk di bilik yang sama
Tapi kita tidak pernah bertegur sapa
Namun, takdir merapatkan kita secara tidak sengaja
Aku tidak pasti apa yang membuatkan kita saling mengenali
Yang pasti, aku gembira bertemu dengan kamu
Biarpun kamu antara 6 keajaiban dunia
Jarang-jarang untuk ditemui sifat dan sikap seperti kamu
Aku bahagia sebab kamu yang teristimewa
Perkenalan kita yang semakin rapat dari hari ke sehari
Menyebabkan ada yang ingin mengenali kita dengan lebih rapat
Bukannya kita memilih kawan
Tapi kami tidak begitu suka dengan sikap kamu... kamu..
Kamu yang ingin berteman dengan kami
Hanya kerana kami sekumpulan
Sebelum kami menjadi satu kumpulan
Ada kamu.. kamu Nampak kewujudan kami?
Tiada...
Bila kami menjadi perhatian yang lain, maka kamu pun cuba ingin mendampingi
Tidak kurang juga..
Ada yang mencemburui dan ingin menjatuhkan kami
Dan yang paling memalukan bila mana kamu memperkecilkan kami di depan tenaga pengajar
Isk3....
Apalah kamu-kamu dapat buat begitu?
Aku menulis bukan saja2
Tapi ini lah hakikatnya...
Pensyarah itu sendiri yang cakap dengan aku..
So...
Kalau kau buat macam tuh,
Kau rasa pensyarah mau pecaya lah dengan kamu?
Tapi kamu silap kan..
Di dalam kelas kamu yang selalu jadi mangsa sindiran pensyarah
Sebab apa?
Sebab gaya kamu yang suka buruk2kan orang
Macam lah kami ini ganggu hidup kamu kan..
BTW..
Itu tidak jadi penghalang untuk kami terus bersama
Kerana kami saling melengkapi
Saling menyokong antara satu sama lain
Masing2 punya personaliti yang unik pada pandangan aku
Hahahhaha...
Mereka yang teristimewa...
Masa yang ada
Tak kan aku sia2 untuk sama2 mencipta kenangan bersama2 kamu
Semoga kita semua Berjaya mengecap impian
In sha Allah.. Aamiin ^_^

Saturday, 29 December 2012

macam mana nak buat??

Saya: apa maksud kau dengan macam mana nak buat?
aku: yalah.. aku sedang mara ni.. apa yang perlu aku buat? 
saya: kenapa pulak kau mara2 ni? tak bagus lah macam ni.. cuba bawa bersabar.. 
aku: macam mana lah aku nak sabar, ikut sedap mulut je lah orang nak mengata.. 
saya: hahahha sabar je lah. nak mara pon teda guna.. menyakit kan ati lagi ada
aku: cakap senang la, bukan kau yang berada tempat aku.. >.<
saya: astaghfirullah.. iyaa aku tau.. tapi kalau kau mara pun, apa juga dapat kau buat? maki orang tuh? mara dia balik? macam tuh?
lepas sudah memaki, jadi apalah yang kau nak buat lagi?
aku: puas la hati..
saya: hahhaha ikut kata hati mati, ikut kata.......(lupa) binasa . kita kena ingat, apa yang berlaku pasti ada sebab, mungkin sebelum ni kau penah sakitkan ati orang, macam ni lah orang buat kau balik
atau manala tau lepas ni kau pulak yang sakitkan ati orang
tak pasal2 orang muntahkan makian di muka kau.. apa kau rasa? sebelum kita buat sesuatu, fikir dulu akibat yang bakal terjadi, jangan la ikutkan sangat amarah tuh. cuba bertenang dan fikir balik kenapa orang mengata dekat kita. 
aku: ........................



kirimkan aku salam...

demi Allah, aku masih belum bersedia 

sedangkan memikirkan azab yang bakal ku terima
aku sudah lemah lutut
ini kan pula ingin ingin mengadapnya di hari pembalasan
azab kubur pun aku masih tidak punya bekalan
masih tidak cukup amalku
setiap hari pasti akan ada deduction pahala
mana tidak..
aku mengaku, aku masih tidak berpakaian litup
pakai long-sleeve tapi..
lengan baju dilipat sampai ke siku
pakai tudung, tapi tudung ku tidak menutup bahagian dadaku
bercakap apatah lagi
ada saja yang tidak kena
Ya Allah
sampaikan lah salam ku
berikanlah aku petunjukMu
ku hamba yang hina
melakukan dosa setiap detik dan ketika
aku sedar..



Friday, 28 December 2012

BIARLAH RAHSIA? ATAU....

Kita makhluk yang lemah. 
Punya takdir masing-masing yang sudah tertulis sejak kita berada di dalam rahim insan yang paling mulia, yang bernama ibu, emak, mama, mummy dan umi.
setiap daripada kita pasti pernah melakukan kesilapan.
kesilapan yang kau tidak akan lupakan dan menjadi bayang-bayang hitam yang sentiasa menghantui diri.
ada pula kesilapan yang mampu menjatuhkan maruah mu sendiri
dan bukan semua akan dapat menerima apa yang pernah kau lakukan
bagaikan maruah mu terletak pada tangga paling rendah dari seorang pelacur
hurm....
apa yang perlu kau lakukan?
bila kau berjumpa dengan pasangan yang sangat kau cintai
kau berazam untuk menjadikannya suri di hati
menjadikannya suami/ isteri
tapi.....
kisah silap, kesilapan lepas membataskan niatmu itu
apa yang perlu dilakukan bagi memastikan dia tidak lepas
memastikan dia terus disampingmu
memastikan kau tidak merana dan kecewa
perlukah aku rahsia kan atau....
jika aku membuka pekung di dada..
adakah dia dapat menerima ku seadanya?
adakah dia dapat menerima sebab musabab dan kesilapan ku?
adakah dia masih dengan keputusannya untuk menjadikan aku sebagai suami/isteri?
dan pastinya..
ada dua akibat yang perlu kau hadapi
samada dia menerima mu seadanya
atau dia meninggalkan mu dengan luka di hati
jadi...
fikirlah sebelum kita membuat apa-apa tindakan atau keputusan
pada pendapat aku..
biarlah kisah silam itu disimpan sebagai pengajaran hidup
kerana apa yang berlaku adalah takdirmu
semuanya sudah menjadi ketentuan yang ditentukan olehNya
kita sebagai manusia, perlu percaya dengan qada' dan qadar 
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah
Dia sedang menguji hambanya
kau dan si dia takkan bertemu
sekiranya Dia tidak menetapkannya begitu
bila Dia berkata 'Kun Fayaa Kun'
maka, pastinya akan tertunai.
semua yang berlaku adalah SKRIP yang sudah tertulis.
teruskanlah hidup
kerana aku percaya
setiap insan pasti akan berubah
sama ada dia berubah ke arah kebaikan 
atau pun berubah ke arah kejahatan
kita punya jalan untuk memilih
satu yang perlu kita ingat
manusia yang ingin berubah menjadi baik
tidak mustahil akan menjadi lebih baik dari kita kini
jadi...
jangan pernah menilai kesilapan manusia
jadikan apa yang kita nampak dan dengar sebagai pengajaran hidup
dan jangan mengulanginya pada masa akan datang.. 
ini jadi peringatan untuk diriku sendiri
sama-samalah kita mengejar keredhaan Allah
in sha Allah..
Aamiin
^_^