#Kita Malaysian!
Mengapa
ini semua harus berlaku? Mengapa keamanan di negara yang dicintai ini seperti
negara yang kehilangan serinya? Dan mengapa harus mempertikaikan kewibawaan
kerajaan yang sudah tertubuh dan tercipta? Apa kata kita hanya menjadi rakyat
yang sentiasa bersyukur dengan apa juga yang telah diberikan dan menerima
ketentuan dari-NYA?
Entah mengapa
aku yang selama ini tidak mempedulikan hal berkaitan politik boleh terjerobos
ke dalamnya. Tersenyum sendiri kalau diingatkan semula. Aku yang selama ini
hanya membiarkan keadaan politik dunia ditentukan oleh insan lain seperti tidak
boleh lagi aku hanya berdiam diri. Bukan kerana menyokong satu parti politik
tertentu tetapi kerana aku adalah rakyat negara Malaysia. Aku berhak mengecapi
kehidupan yang terbaik di negara tanah tumpah darahku tanpa sebarang ketakutan
di dalam hati.
Aku
sedia menerima pucuk pimpinan yang telah mendapat mandat beberapa hari lalu.
Tapi kalau hanya aku saja yang mengatakan sebegitu bagaimana keadaan negara ini
boleh kembali kepada sedia-kala? Masih ramai manusia di luar sana yang masih
mengadakan kempen,entah kempan apa lagi yang ingin diperjuangkan. Masih ada
yang bertekak untuk mempertahankan parti yang ingin mereka menangkan walaupun
setelah kerajaan telah tertubuh! MasyAllah! Dalam agama islam pun sudah
mengatakan apabila pemimpin telah dipilih,suka atau tidak kamu berhak menerima
dan patuh kepadanya. Andai tidak patuh,itu sudah membawa kepada satu dosa.
Dunia
di hujung jari,budak-budak kecil pun semakin celik pada internet. Malahan bukan
sahaja budak kecil bahkan orang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya
lagilah taksub pada semua ini. Jasad-jasad lain yang berkecuali,tidak terlibat
dalam politik,kini turut terjerumus
dalam kontroversi panas politik-politik yang berlaku pada tika ini. Minda yang
kosong pada hal berkaitan itu dengan mudah like dan sebar maklumat yang entah
betul atau tidak itu ke serata dunia. “Ini boleh jadi fitnah!” Mengapa harus menjadi
orang yang sebar maklumat tapi kosong pada apa jua berkaitan yang hendak
disebarkan. Teruk!
Kita
satu negara,satu matlamat iaitu untuk maju kehadapan dan mengecapi kejayaan.
Kau cina,dia india dan aku melayu,kita semua lain agama tapi kita semua adalah
rakyat Malaysia. Mengapa harus kita berperang antara kaum yang mana boleh
menyebabkan kita bakal mundur dan akan menyebabkan masuk campur pihak luar?
Mahukah lagi negara kita dijajah buat sekian kalinya? Bangunlah wahai
Malaysia,semua ini hanya mampu menjadikan kita lemah di mata dunia. Kita yang
bergaduh sesama sendiri di dalam negara yang tercinta menyebabkan rakyat-rakyat
negara lain terketawa terbahak-bahak melihat kebodohan kita sendiri. Kita tahu
kita tidak ingin digelar bodoh,tapi kebodohan akibat kepandaian diri-sendiri
menghalang untuk kau yakin akan semuanya. Bangkitlah!
Adakah kau diseksa kerana penubuhan kerajaan yang telah mendapat mandat
ini? Adakah kau dan keluargamu menjadi tidak selesa mendiami negara ini akibat
peperangan yang tercetus kerana kerajaan ini? Dan adakah kau tidak mendapat privilege
setelah keputusan pucuk pimpinan diumumkan? Bangunlah wahai Malaysia,kita harus
meneruskan kehidupan untuk esok hari. Biarkanlah hal politik ini diselesaikan
oleh pihak yang berkenaan. Kita hanya perlu menjalankan tanggungjawab kita dan sudah pun kita laksanakan. Oleh itu,bermakna apa juga yang terjadi itu
keputusan besar rakyat Malaysia. Dunia kini sudah tua,sudah berada dihujung
nyawanya,negara-neagar luar banyak yang berperang sana-sini akibat ketamakan
dan kebencian. Mahukah kamu wahai rakyat Malaysia terbunuh kerana sesuatu yang
tidak wajar? Mahukah kamu anak cucu cicit kamu nanti terseksa akibat kepandaian
namun sebenarnya adalah kebodohan sendiri?
Bangkit dan bangunlah wahai Malaysia. Bangun
dari mimpi yang ngeri. Ingat, NO RACISM, kita semua adalah MALAYSIAN! (sedih!)

No comments:
Post a Comment