#Inikah yang kita pertahankan?
Aku bukan pendakwah ataupun ahli ulama apatah lagi sang tabligh.Aku cuma insan biasa yang ingin belajar sesuatu yang ada di dunia ini.Pelbagai yang aku dengar dari cuping telinga ciptaan Allah ini.Dengar,lihat dan rasa seolah-olah nampak benar tapi...
Politik sekarang sangat menyiksa minda.Minda pula terpaksa menerima bahawa dunia harus memilih siapa pemimpin yang layak berdiri teguh.Media massa semakin rancak mengeluarkan pelbagai manisan minda walaupun sebenarnya racun minda manusia di bumi.
Sesak,segala-galanya seperti satu agenda yang telah dirancang.Meminta manusia di bumi ini saling bermusuh antara satu sama lain.Why?
Tatkala manusia saling bertikam lidah,yang berada di organisasi atasan sedang bersuka dan bergelak tawa.What is that?Ya seperti bicara ghost writer baik diamkan,namun sakit yang terpendam takkan terlerai.(wow macam ahli politiklah pulak huhu).Dalam laman sosial,ada yang berani meletakkan gambar pemimpin-pemimpin bukan parti pilihan mereka dengan pelbagai ayat makian pada gambar-gambar pemimpin tersebut.Why we should do like that?Adakah kita mampu dapat keuntungan dengan melakukan sebegitu?Setiap makian yang kita lemparkan atau lakarkan boleh dapat satu dollar tak?Terevolusi dengan permainan kotor sehingga sanggup makan saudara seagama sendiri!Apa yang ingin ditegakkan di sini andai saudara sendiri kau bunuh secara halus?
Buka sahaja Youtube,pelbagai benda yang mampu kau temui.Dari hiburan sehinggalah penipuan.Huh,biasalah dunia serba canggih.Ceramah-ceramah islam turut bisa menjadi halwa telinga di dalam laman ini.Namun yang banyak ditemui adalah perbalahan dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.Yang satu cakap begini dan yang satu pula cakap begitu.Pasti manusia lain makin keliru dengan segala-galanya.Kepercayaan semakin menggelap apabila orang yang bijaksana sendiri menjadi perosak kepada insan yang kurang berpengetahuan.Mengapa?
"Kini alim ulama menjual agama pada pihak atasan.Yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan"Aku tersentap mendengar bicara ahli tabligh di dalam Youtube.Tapi itu aku menyokongnya sebanyak 91%!Pelbagai agenda yang di wujudkan.Dunia seakan-akan ditipu oleh manusia.Bukan lagi manusia yang tertipu.MasyAllah!
Contohnya:
#'Zaman dulu tiada pun perarakan Maulidur Rasul dilakukan,mengapa kini mesti dilakukan?'(itu pun ada insan ingin mempersoalkan,bila lagi kita ingin mengingat Rasullullah?')
#Aku terdengar bicara dari insan lain,membuat bubur shuhra untuk diberi pada insan lain ketika awal muharam tak patut dilakukan.Tapi mengapa harus pertikaikan benda yang simple?sudah tiada benda lagi yang ingin dibicarakan kah?
#Macam-macam yang diperkatakan,kalau ingin berjuang kejalan yang kau inginkan,islam sepenuhnya mengapa riba yang dilakukan di bank masih dibiarkan?Bukankah itu dosanya seperti membunuh para nabi-nabi?Aku yang tidak punyai pelajaran turut tahu hal itu!
#Mengapa masih mengizinkan kilang arak diwujudkan di bumi yang kau pijak ini?Besar lagi tue.Huh macam supermarket!
So,jangan jadi kritikal sangat,sampai semua dijadikan benda haram,haram dijadikan halal!
Bila ada maksiat berlaku,mulalah berderet cerita keluar.Benda yang berlaku dihujung bumi mampu tersebar sehingga ke hujung dunia yang lain.Cerita yang dipamerkan sepatutnya tidak perlulah disebarkan sehingga menjatuhkan aib pada saudara seagama sendiri.Walaupun bukan seagama sekalipun,dia tetap manusia.Biarlah dibuat secara tersembunyi.Adakah untuk dijadikan pedoman atau sebagai hiburan yang mengaibkan?Kalau jenayah berat yang melibatkan manusia lain tidak apalah,sebarlah.Ini benda yang dilakukan hanya berdua di dalam bilik yang hanya Allah dan manusia itu sendiri tahu boleh hampir separuh dunia tahu?Manusia...Manusia!
Penat minda memuntahkan rasa ketidakpuasaan hati huuhu.Yang pasti aku tidak komen dan menjurus pada sesiapa.Bak kata pepatah,siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya!Aziossss...
-AMAR SHAH-
No comments:
Post a Comment