#It is supposed to be???
Sudah seminggu langit terus bersedih.Air terus sahaja diturunkan ke permukaan bumi.Sehari dua ramai manusia bersyukur atas kejadian itu.Rahmat!Namun apabila masuk hari ketiga dan keempat,hati manusia di bumi semakin risau.Kesyukuran yang dilemparkan berganti dengan ketakutan.Namun saat ini, secawan milo panas tetap setia bersama menemani aku.Minda terbayang pada kau yang bergelar sang pendakwah.Berpakaian kemas dan bersongkok di atas kepala.Layak seperti yang digelar oleh masyarakat.
Namun kau manusia biasa yang terus dibelenggu dosa.Sama seperti aku.Kau merasakan dirimu adalah terbaik diantara lain yang sebaya denganmu.Aku juga kau pandang hanya sebelah mata.Kau hanya pandang tinggi orang yang sama seperti dirimu.Yang konon menegakkan syiar islam.Adakah sepatutnya kau melakukan sebegitu?Bukankah kita sama di sisi Allah dan saudara seagama?
Hujan yang turun mendiamkan sekalian sang gagak-gagak yang tidak tahu mengenal erti senyap.Andai matahari cerah di atas sana,makhluk Tuhan itu ingin saja terus bernyanyi.Ku buang pandangan ke bawah,terlihat kau yang sedang memegang payung yang berwarna-warni.Teringat aku tatkala aku lepak di warung kelantan di bawah sana,kau sedang sibuk membicarakan segala-galanya.Seolah-olah kau sedang berdakwah.Tidakkah kau sedar bahawa kau telah membuat satu dosa yang kau tidak sedar kau melakukannya?Kau berkata-kata seolah-olah benar,dan sememangnya benar.Tapi bukankah itu mengumpat namanya?Andai kau ingin berdakwah,tegurlah siapa hamba Tuhan yang kau tidak puaskan itu.Patutkah kau lakukan itu???
Bukankah kau tahu ber'couple' itu haram?Hampir semua berkata sebegitu.Namun kau tetap dengan pendirian diri.Kau mengatakan kau ber'couple' tapi kau langsung tidak menyentuh pasanganmu itu langsung.Kau mengatakan kau sentiasa menjaga batasan diri.Tapi adakah itu bisa mengubah fakta agama?Kau buat pertemuan dengan pasanganmu di kawasan terbuka,konon untuk mengelakkan daripada berkelakuan sumbang.Perhentian bas menjadi 'port' untukmu dengan pasanganmu yang kau kasihi bertemu.Namun dalam ketidaksedaran kau telah menjatuhkan maruahmu yang suci itu!
Aku bukan insan yang baik kerana telah mendedahkan ceritamu pada semua di dunia ini.Namun kau jangan risau,kau tidak akan sedar dan manusia lain jugatidak akan kenal siapa kau sebenarnya.Biarlah ceritamu jadi satu teladan dan pencuci minda.
Kau hampir merasakan dunia ini hampir berpihak padamu.Sedar,kau manusia biasa!
-AMAR SHAH-

ada caranya untuk kita tidak terhimpit sama dalam memikirkan soal begini. caranya hanya perlu diamkan.
ReplyDeletehahaha...tak dapat minda menahan dari memuntahkan cerita ini...brader phan...huhu
ReplyDeletecerita dia teladan buat semua, kerna manusia itu semua sama.
ReplyDeleteEntah. jujur aku tidak pernah fikirkan tentang couple itu haram, atau tak salah untuk bercinta, atau apa2. Soalnya, masih diri sendiri.
ReplyDelete*senyum*
-AsaSiaga-
sesungguhnya dunia ketika ini nampak seolah-olah benar namun sebaliknya.
Deleteyang pastinya manusia tiada yang sempurna.Andai dia bersangka cinta itu halal pada hidupnya,ya itu terpulang dari insan itu.tapi lagi better halalkan secara yang diperintahkan.Dunia tak kejam,manusia sendiri yang tertipu dengan minda sendiri hehehe...
dan apa yang dilakukan itu hak peribadi,sebab kubur masing-masing.bukan begitu saudara??hehehe