Thursday, 1 November 2012

Sahabat

setiap dari kita punya kenalan, yang mungkin menjadi kawan maupun lawan.. beruntungla siapa yang berkawan menjadi sahabat.. bertambahla collection kita kan. tapi kita yakin ka kita boleh jadi sahabat yang baik? pendengar yang baik, penasihat yang baik, paling kurang pun penegur yang baik? let's see kita tahu, sahabat kita buat salah, buat dosa, so apa yang kita buat? tegur "janganla bhaa kau buat macam tuh macam ni".. bial kau suda tegur, kau pasti ka sahabat kau akan dengar cakap kau? then di sana baru kau sedar yang kau teda persefahaman antara satu sama lain, bila suda penat menegur, kamu pun mula menjauh..jauh dan makin jauh.. yang paling teruk lagi, bila terserempak pun langsung tidak menegur antara satu sama lain dan yang paling teruk tuh, bila nampak "sahabat" kunun nya dari jauh, serta merta beralih ke arah yang lain.. astaghfirullah mana suda janji semasa kita bersahabat, walaupun pada hakikatnya kita tidak la perlu sign contract untuk di isytihar menjadi sahabat. dan kes yang paling teruk lagi, bila suda tidak bersahabat lagi, kita sedaya upaya cuba untuk menjatuhkan dia, memburukkan nya, dan akhir sekali membuka pekung rahsia yang menjadi rahsia antara kamu. apa la maknanya jika itu terjadi, tidak ka kita sedar akan apa yang berlaku pada kemudian hari? ingat la dengan baris ayat ini "what you give, you get back" subhanallah nauzubillah. 
kes yang lain pulak, kita bersahabat dengan insan yang pernah membuat kejelekan yang ramai tidak dapat menerimanya. namun, kenapa mesti kita menyisihkan insan seperti itu hanya kerana dosa-dosa yang pernah dilakukanya dulu? kita tidak berhak untuk menilai orang, siapa la kita. kita ni alim ulama ka? ustaz ustazah? sedangkan mereka pun boleh menerima orang seperti ini untuk di bawa ke jalan yang benar dan mendapat keredhaan Allah. kenapa kita pulak yang perlu jijik dengan mereka jika mereka ingin berubah? kita yang sepatutnya takut untuk menjadi seperti itu, tidak mengulangi perilaku itu, siapa tahu, bila nafsu menguasai diri, tidak mustahil kita juga akan melakukan benda yang sama seperti mereka yang pernah melakukanya. nauzubillah min zalik. adakah kita boleh mengatakan kita ni baik hanya sebab kita tidak melakukan perkara yang sama, tapi berpakaian pula mengalahkan orang miskin yang tidak mempunyai kain yang cukup? bercakap benda yang sia-sia? berpeleseran tidak mengira masa dan tempat? menderhaka ibu bapa? fikir-fikir kanlah. hanya orang yang punya iman dan hati yang baik akan menerima insan yang pernah kotor pada satu ketika dahulu..
bagaimana pula jika kita bersahabat dengan sahabat yang punya kisah seakan-akan kisah kita, membuat dosa di sini sana, segala-gala ingin di cuba, menghalalkan cara..? bagaimana kita tahu sahabat kita melakukan dosa seumpama kita? sebabnya sahabat percaya dengan persahabatan kita, tapi kita? hanya mampu menyimpan rahsia perlakuan dahulu dari menceritakan kepada sahabat. kenapa begitu? sebab kita takut sahabat tidak akan menghormati kita? kerana takut sahabat akan mencaci kita? atau kita malu terhadap diri sendiri? cukup la sampai di sini, sama-sama kita fikir-fikirkan. 

1 comment:

  1. sahabat yang baik akan menerima sahabatnya walau seburuk n sejahat manapun...
    jika kita sudah laksanakan tanggungjawab sebagai sahabat/kawan jangan sesekali dia menyeret kita d muka pengadilan kelak pada akhirat nnti...aq tampar gg nya heheh

    ReplyDelete