Sunday, 30 December 2012


Selamanya hilang
Malam yang panjang. Aku dan buah hatiku Wafi menghabiskan masa dengan bermain boling, menonton wayang dan SHOPPING!!!!! Hahahhahaaa kalau tidak membeli-belah, jangan panggil aku Echa. Wow!!! Mr yayang kata aku SWEET sangat hari ni.. Hekhek ^_^ senyum sampai ke pipi aku jadinya, tak kira lagi hidungku yang kembang-kembang kempis ni.. Nasib lah lalat atau nyamuk tak sempat nak masuk kan kan kan.. Wayang malam ni, syok sangat. Tajuknya Selamanya Hilang. Sedih sangat jugaklah sampai aku beberapa kali mengalirkan air mata. Mujur Wafi setia memberikan aku tisu dan mengelap air mataku. Sobsob L .. Wafi kata aku Nampak cantik kalau sedih.. uwekkk rasa nak muntah dengar berkata begitu.. Selesai merembeskan air mata dekat pawagam, Wafi ajak aku makan kat Mc Donald.. My Faveret woooo!!!! Setelah selesai membeli burger, Wafi duduk di hadapan ku. Aku mencebik.. “kenapa tak duduk tepi ayang? “ Wafi tersenyum menampakkan lesung pipinya yang putih dan senyuman yang sangat menggoda ku kira.. Sempat jugak aku terpegun seketika.. Opss!! Ahahahhaaa.. Wafi bersuara, “bagi lah Abang duduk sini, lepas ni abang janji, duduk tepi sayang k J. Abang nak tengok wajah sayang abang ni puas-puas, buat bekalan tidur malam ni ;) boleh tak?” Dan aku mengalah.. Setelah selesai, kami pun berangkat pulang. Before turun dari keta, Mr Yayang sempat lagi nak kucup dahi ku.. Weeee!!! “tidur elok-elok tau sayang J.. “amboi.. romantic sangat plak malam ni cik abang, ada apa-apa ke? Hehehhe Elok-elok bawak keta..Love u.. ;P “..  Masa nak mendarat kat katil... tiba-tiba.. beep..beep.. mesej baru masuk.. ni tak lain tak bukan si Wafi lah ni.. See.. betul tekaan ku.. “sayang, jangan lupa solat k. Lepas ni tak kuasa nak ingatkan sayang lagi.. hik3 muaahhxx” .. aku tersenyum membaca textnya. Setelah selesai solat, aku pun tertidur.
                   KRINGGGGGGGGGG!!!!! Mak ai!! Bagai nak pecah gegendang telinga.. Pasallah kuat sangat bunyi jam ni.. Arghhh!! Menguap bagai nak koyak mulut.. ahahha.. Lantas aku mencapai henpon ku. 37 missed call!!!! 21 message receives!! Amboi!! Bukan main lagi banyak orang kol aku ni.. lalu aku membuka satu daripada mesej. Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!! Tanpa sempat aku membasuh muka, aku bergegas mencapai selendang dan kunci kereta. Aku menangis semahu-mahunya.. Tangan yang mengeletar, aku menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju keluar dari garaj. Ya Allah, adakah aku sedang bermimpi?!! Tidak!! Aku memang sedang bermimpi, mungkin sekejap lagi... PONNNNNNN!! Arghh keta belakang hon aku, aku tak perasan lampu dah bertukar hijau.. Aku miming tidak bermimpi..
                   “echa!! Angkat la font tuh wehh!! Wafi dah meninggal engkau tau tak!!! Bangun lah Chaa”.. Wafi.. Wafi.. Baru aku ingat, aku kena kol Wafi..  Haishh operator plak yang jawab.. sesampainya aku di pekarangan rumah Wafi kelihatan, ramai sanak-saudara Wafi ku kira sedang menangis teresak-esak, tidak kurang jugak yang sedang merenung jauh.. kedengaran di cuping telinga ku orang membaca surah Yasin.. Ya Allah, bagilah aku kekuatan.. “Nak, masuklah.. Arwah ada kat dalam” . Hampir aku nak rebah mendengar Abah Afi berkata demikian, Abah Afi adalah ayah kepada Wafi yang ku panggil abah. “Abaahhhhhhh” hanya itu yang ku mampu tuturkan ketika itu, mataku mula merembeskan air mata.
                   “Sayang, abang tak dapat nak bayangkan hidup tanpa ayang. Abang sayang sangat kat ayang tau tak”.. “iyeee tapi kalau abang takde ayang cari lain tau.. hahahha”.. Wafi mencebik..”sampai ati sayang ek.. L”.. “alahhh sayang gurau lah, kalau boleh, biarlah sayang pegi dulu dari abang, sayang nak abang hantar sayang ke liang lahat, janji tau!!”.. Wafi hanya diam mendengar aku berkata demikian. Lalu dia mengeluarkan sesuatu dari koceknya.. “Sayang.. will u marry me?” .. arghhhh!! Aku sudah tidak mahu mengingatkan apa yang diungkapkan oleh Wafi semalam. Ku kira tiada tanda-tanda yang menunjukan dia akan meninggalkan aku pada hari ini...
                                                            ~sekian~
                                                (biasa jak ceta ni hohoh)

2 comments:

  1. huh,,, cerita apa kah ini???
    hati ini bgai d rentap....
    terasa akan penderitaan c gadis!!!! huhuh...

    ReplyDelete
  2. sa pun tidak rela mau sambung ni ceta..

    ReplyDelete