# Tenggelam ke dasar ketakutan!
Gila!Telinga aku sudah penuh dengan pelbagai ayat keluar masuk dari pelbagai manusia. Asyik membincangkan perihal 'percaya dan mempercayai' yang menyebabkan aku mual setiap kali perbincangan itu diutarakan.
Lupakah kita yang hidup ini sudah ditentukan oleh-Nya? Walau kau berada dalam bilik yang kau kunci rapat dan kau berselimutkan jiwa yang tenang dalam situasi itu, adalah kau silap. Tiada seorang pun yang mampu terlepas dari permasalahan mahupun kematian. Kau harus mengerti bahawa segala yang terjadi hanyalah satu alasan sahaja di dunia ini untuk kau mengerti segalanya. Jadi mengapa harus negatifkan insan lain? Aku tahu kau memakai prinsip sediakan payung sebelum hujan. Tapi bagaimana untuk aku mencari payung yang tidak ada di hadapan mata? :p
"Jangan terlalu percaya dengan orang di sini Joe,semua tak boleh pakai. Penuh dengan propaganda!"
Huh,jiwa aku semakin tenggelam ke dasar ketakutan. Bagaimana rasanya hidup apabila tiada kepercayaan yang aku boleh letak pada seseorang manusia pun di bumi ini? Mengapa hal ini yang harus dimamah dek minda saat aku bergelar pendatang di bumi yang baru aku jejaki ini? Tiada lagi erti kebaikan lagikah manusia di dunia ini? Huh,"what the hell" kata Avril lavinge.
Andai hal ini berterusan,mungkin sekali aku bisa terus negatif pada semua insan. Jangan kata pada semua insan,pada alam semesta juga mungkin aku teriakkan. Tapi pasti mereka akan mentertawakan kebodohan yang aku pamerkan. Ya,mungkin aku berada di persekitaran orang-orang yang negatif. Menasihati aku atas dasar masalah yang pernah mereka lalui. Mungkin mesej yang ingin di sampaikan adalah jangan jadi mangsa seperti mereka. Tapi adakah jalan setiap manusia di dunia ini adalah sama sahaja?
Kau,dia, dan sesiapa sahaja aku sudah tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta. Aku jadi bodoh, sudah jauh pemikiran aku melayang.
"Tolong... tolong... tolong..." Pada siapa? Untuk apa? dan mengapa? Kan kepercayaan tidak boleh diletak sembarangan. Andai begitu,kau yang menasihati aku juga aku tidak boleh letakkan kepercayaan. Kau yang negatifkan aku,sedikit demi sedikit aku menjadi...
positive + negative = negative!
Teori matematik pun sudah menafsirkannya sebegitu. Tiada istilah tengah-tengah dalam situasi ini. Titik!
Yang pasti aku ingin cari penawar untuk racun minda ini. Oppsss,racun ini sudah ditemui penawarnya cuma aku masih tidak mengaplikasikannya dengan betul sehingga aku terevolusi. MasyaAllah! Tidak apa, yang Maha Esa mengetahui segalanya. Aku berserah!
Impossible is nothing!
-Amar shah-

iya mar
ReplyDeletepositif + negatif jawapannya?. kalau positif itu banyak tentu saja boleh mengalahkan yang negatif. guna formula ni
positive-negative? semestinya positif!
hahaha budak maths bha tue... smart tue hehehehe...
ReplyDelete