Perfect ke?
# Yakinnya engkau wahai manusia...
Uhukkkk... uhukkk...
Berhabuk rasanya blog nie tak disinggah oleh tuannya. Sawang di sana-sini. 'Uhukk,uhukkk'... Labah-labah gembira bersarang,mengawan malahan bertelur membuang benih di blog nie. Hahahaha... Tak bolh guna penyapu nak bersihkan,mesti vacuum jugak nie. (Aik Mr. Amar,apa yang kau rapukan nie?)
2012 sudah berlalu,kini 2013 telah bertandang. Agak terlewat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat tahun baru' (hehehe). Ketawa sendiri di hadapan laptop. Cepat sungguh masa ingin meninggalkan semua manusia di dunia ini. Ingin segera menjalankan tugas yang diarahkan. Namun ramai hamba-hamba tuhan di dunia ketika ini tidak mempedulikan keadaan itu. Why? Tak mahu ah cakap about that,nanti kena ke batang hidung sendiri. Tapi macam tak tahan nak ungkai sedikit sebanyak manusia yang berlagak perfect nie. Tapi perfect ke? (Senyum lebar)
Dua tiga bulan aku menetapkan kaki berpijak menambah pengalaman di company yang tidak terdapat di kawasan sendiri,menambahkan lagi kematangan pada diri. Bertambah ke? Hmm,okai saja rasanya. Manusia pelbagai saiz,jenis malahan pelbagai ragam perangai aku temui.
"Eh,budak baru tue tak pandai keja lah,asyik menyusahkan je... blah...bla...bla..." Macam-macam yang diperkatakan,asyik mempertikaikan kewibawaan manusia lain. Perfect ke sangat sampai semua kesalahan manusia lain bisa kelihatan sehinggakan kesalahan sendiri tidak mampu dilihat dek mata sendiri? Office jadi pusat pengumpatan,bukan pusat organisasi pengumpulan maklumat. Ketawa terbahak-bahak membuatkan rasa sakit hati bertambah-tambah.
'What the fish punya manusia!'
Baru tercalon sebagai salah satu staff terbaik,'TERCALON!' sudah naik kepala. Arah orang sana-sini. Belum lagi naik pangkat. Entah macam mana boleh tercalon (bukan nak jelez cuma pelik),pasang alat elektrik and convince customers pun fail (hakakaka). Ada lagi baik dari dia. Jangan-jangan kipas orang atasan huhaaaiiii!!! Kalau rezeki dia,mesti dia dah menang huhu... Aik Encik Amar,takkan ah kau pun nak umpat orang? MasyaAllah. Terlepas bab sakit hati.
"Sorry lah Joe,barang tue kau tak boleh dapat staff purchase/staff rated bab gaji kau tak lebih dari harga barang tue..." Tak guna punya manager. Tapi orang lain boleh pulak beli barang yang sama harga malahan bukan barang untuk milik sendiri lagi,belikan orang lain. Boleh pula dapat. Ketara sangat buyers! Kita yang kerja bersungguh-sungguh tolong majukan kedai milik orang sampai boleh jatuh sakit tak langsung dipandang. Manusia... Manusia...
Kalau kau sebagai pemimpin yang terbaik,kau seharusnya mencari alternatif lain untuk jaga perasaan orang di bawah anda,bukannya menjatuhkannya lagi. Tapi never mind,semua itu berhikmah.
"Si Z tue bukannya baik sangat,boleh pulak dapat pangkat sebegitu" Yang si Y berkata begitu.
"Si x tue pun teruk sangat,sikit-sikit MC,menyampah!" Si Y pulak berkata sebegitu. Satu sama lain saling bertikam-tikam dan berebut mencari siapa yang terbaik. Padahal masing-masing adalah teruk di kalangan yang teruk. Aku tergelak sendiri. Hanya jadi pendengar setiap makhluk Allah itu. Jauh di sudut hati andai aku terus berada di dalam organisasi ini aku pasti akan turut sama terevolusi waluapun pada dasarnya aku seperti telah terevolusi hehe...
Seorang sahabat pernah mengatakan...
"Kehidupan sekolah adalah terbaik dalam zaman yang kita akan lalui, kehidupan universiti pulak adalah zaman yang mana kita akan berusaha sendiri tanpa ada akan mempedulikannya,namun zaman kerja adalah zaman yang paling teruk dari zaman universiti kerana kita akan menjumpai pelbagai manusia dari pelbagai umur yang mempunyai pelbagai perangai hantu. dan akan sering menjatuhkan satu sama lain. Masing-masing inginkan kejayaan kenapa kalau ada yang akan terkorban. Yang penting mereka mampu memenuhi kehendak jiwa!" Aku terkedu. Zaman universiti aku tidak lalui,zaman kerja memenag begitu dan aku sangat menyukainya. Kerana... (ayat tidak melebihi dari 1000 patah perkataan) hakakakaka... okey samapai bertemu lagi!
Mr. Amar Shah!
No comments:
Post a Comment