BIARLAH RAHSIA? ATAU....
Kita makhluk yang lemah.
Punya takdir masing-masing yang sudah tertulis sejak kita berada di dalam rahim insan yang paling mulia, yang bernama ibu, emak, mama, mummy dan umi.
setiap daripada kita pasti pernah melakukan kesilapan.
kesilapan yang kau tidak akan lupakan dan menjadi bayang-bayang hitam yang sentiasa menghantui diri.
ada pula kesilapan yang mampu menjatuhkan maruah mu sendiri
dan bukan semua akan dapat menerima apa yang pernah kau lakukan
bagaikan maruah mu terletak pada tangga paling rendah dari seorang pelacur
hurm....
apa yang perlu kau lakukan?
bila kau berjumpa dengan pasangan yang sangat kau cintai
kau berazam untuk menjadikannya suri di hati
menjadikannya suami/ isteri
tapi.....
kisah silap, kesilapan lepas membataskan niatmu itu
apa yang perlu dilakukan bagi memastikan dia tidak lepas
memastikan dia terus disampingmu
memastikan kau tidak merana dan kecewa
perlukah aku rahsia kan atau....
jika aku membuka pekung di dada..
adakah dia dapat menerima ku seadanya?
adakah dia dapat menerima sebab musabab dan kesilapan ku?
adakah dia masih dengan keputusannya untuk menjadikan aku sebagai suami/isteri?
dan pastinya..
ada dua akibat yang perlu kau hadapi
samada dia menerima mu seadanya
atau dia meninggalkan mu dengan luka di hati
jadi...
fikirlah sebelum kita membuat apa-apa tindakan atau keputusan
pada pendapat aku..
biarlah kisah silam itu disimpan sebagai pengajaran hidup
kerana apa yang berlaku adalah takdirmu
semuanya sudah menjadi ketentuan yang ditentukan olehNya
kita sebagai manusia, perlu percaya dengan qada' dan qadar
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah
Dia sedang menguji hambanya
kau dan si dia takkan bertemu
sekiranya Dia tidak menetapkannya begitu
bila Dia berkata 'Kun Fayaa Kun'
maka, pastinya akan tertunai.
semua yang berlaku adalah SKRIP yang sudah tertulis.
teruskanlah hidup
kerana aku percaya
setiap insan pasti akan berubah
sama ada dia berubah ke arah kebaikan
atau pun berubah ke arah kejahatan
kita punya jalan untuk memilih
satu yang perlu kita ingat
manusia yang ingin berubah menjadi baik
tidak mustahil akan menjadi lebih baik dari kita kini
jadi...
jangan pernah menilai kesilapan manusia
jadikan apa yang kita nampak dan dengar sebagai pengajaran hidup
dan jangan mengulanginya pada masa akan datang..
ini jadi peringatan untuk diriku sendiri
sama-samalah kita mengejar keredhaan Allah
in sha Allah..
Aamiin
^_^
apa yang terjadi semua sudah tertulis...
ReplyDeletekita sering tertewas dalam permainan dunia ini...
namun itu terpulang pada kita samada kita ingin bangkit ataupun tidak...
Mantap...
manusia manusia manusiaaa
ReplyDeletesuma fikir diri dorang tuh bagus