Dia Si Rabun
Setiap daripada kita, pasti aka nada yang mempunyai masalah
mata. Ada yang mata keranjang, mata juling, mata kuning mahupun mata rabun.
Bila cerita mengenai mata rabun, rabun boleh dikategorikan kepada rabun jauh,
rabun dekat, rabun malam dan juga rabun silau. Dan fokus dikecilkan lagi kepada
rabun jauh.. hekhek.
Hakikatnya rabun jauh mempunyai kelebihan dan kekurangannya
kepada sesiapa yang menghadapinya. Salah satu daripada kelebihan si rabun
ialah, ramai peminat dalam kalangan lelaki ego dan lelaki yang
perasan macho. Kenapa jadi macam
ni?
Situasi 1:: terdapat 5 sekawan gadis, dan pada satu hari, muncul
seorang jejaka kacak ke dalam kelas mereka. 4 daripada 5 sekawan ini begitu
teruja melihat jejaka tersebut kecuali seorang daripada mereka. Apa yang lebih
menarik lagi, keempat-empat gadis ini akan berebut-rebut mendapatkan lelaki
tersebut. Walaubagaimanapun, si jejaka naik hairan kerana seorang daripada
mereka tidak menunjukan rasa keterujaannya melihat si jejaka. Ini menjadikan keegoan si jejaka tercabar. Oleh
yang demikian, si jejaka berusaha mencuri perhatian si gadis dengan lebih
menonjolkan penampilan lebih daripada kebiasaannya. Namun, usaha hanya sia-sia
kerana si gadis masih tidak tertarik melihat perubahannya. Akhirnya, si jejaka
mula merasakan si gadis adalah gadis yang sesuai untuk dijadikan pasangannya
kerana baginya gadis tersebut tidak melihat kepada kekacakannya seperti
gadis-gadis yang lain sedangkan dia sebenarnya tidak tahu bahawasanya gadis
tersebut adalah seorang yang rabun. Namun, bonus kepada masalah mata gadis
tersebut telah menyebabkan dia dapat menjadi pasangan jejaka idaman gadis-gadis
lain.
Kelebihan lain bagi si rabun adalah, di segani ramai. Hahaha
masuk akal ka? Mari kita sambung membaca....
Situasi 2:: si gadis yang rabun pada kebiasaannya tidak akan
memandang sekeliling ketika berjalan di khalayak ramai. Kenapa? Kerana dia
tidak dapat cam sesiapa pun. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berjalan
sambil melihat ke lantai. Logiknya? Macam ni, bila si gadis rabun lalu di
sekitar orang yang mengenalinya, pasti mereka akan senyum memandangnya kalau
pun tidak menegurnya. Namun begitu, sedangkan wajahpun samar-samar dilihat oleh
si rabun, inikan pula senyuman mereka terhadapnya. Malahan, ini akan memberikan
tanggapan bahawa dia seorang yang sombong kerana tidak membalas senyuman
mereka. Oleh itu, ini dianggap sebagai langkah yang sedikit baik la juga..
ahhahha.. tapi seeloknya pakailah cermin mata. Tapi tunggu dulu, x semua gadis
suka memakai cermin mata atau pun kanta lekap kerana mereka merasakan leceh
untuk memakainya kecuali hanya ketika belajar atau melakukan pembentangan di
hadapan ramai. Dan ini juga menyebabkan ramai yang segan untuk bertegur sapa
dengannya dan hanya segelintir yang dapat menjadi teman rapatnya. J
Seterusnya terhindar daripada melihat BENDA halus!! KIkikIKikI..
SITUASi 3:: Si gadis yang rabun pasti mempunyai penglihatan yang
sangat kurang jelas terutama pada waktu malam. Justeru itu, dia tidak perlu
takut untuk berjalan di waktu malam kerana makhluk halus pasti akan merasa
penat untuk menakutkan si rabun kerana si rabun tidak dapat melihat dengan
jelas kelibat mereka. Oleh itu, give up lah si makhluk halus.. hahhaha Just
kIDDInG.!! :P..
huuuuuu, merah sangat... sakit mata walaupun aq tahu merah itu sexy hakakaka
ReplyDelete